LOADING

Type to search

Itinerari BP

INI GUIDE JIKA ANDA INGIN MEMANDU DI MELBOURNE

backpackerz May 31, 2018
Share

Menyewa kenderaan adalah satu kaedah yang membolehkan anda untuk bergerak ke destinasi berhampiran dengan mudah, tanpa perlu memikirkan jadual perjalanan kenderaan awam. Jom tengok panduan penggunaan kereta di Melbourne, Australia.

6 Panduan Sewa Kereta di Melbourne, Australia

driving license

Lesen Kenderaan

Tidak perlu permit memandu antarabangsa di Australia. Cukup dengan membawa lesen memandu Malaysia dengan dwibahasa, anda boleh menyewa kenderaan di sini. Jangan risau! Kenderaan di Australia sama sahaja seperti di Malaysia.

GPS

Satu keperluan untuk mengetahui arah navigasi ke destinasi yang anda tuju dan untuk melihat di mana kamera polis berada. Anda boleh menyewa GPS atau beli sahaja sim kad di Australia dan guna aplikasi Waze seperti biasa.

Peraturan

Di sini, anda perlu mematuhi had laju yang telah ditetapkan bagi memastikan anda tidak ‘ditangkap’ oleh kamera polis yang sentiasa ada di mana-mana sahaja tanpa anda tahu kewujudan mereka. Seram kan!

Minyak Kereta

Setiap stesen minyak mempunyai harga berbeza untuk pengisiannya. Harga minyak petrol di kawasan bandar lebih murah berbanding di luar bandar. Jadi sebelum ke mana-mana tempat luar banda isilah full tank. Kalau tak, terbang fulus anda.

E-Toll

E-tag akan disediakan pada setiap kereta sewa. Di Melbourne, tiada pondok tol seperti di Malaysia. Tetapi pembayaran automatik akan dikenakan bagi lebuhraya berbayar melalui e-tag yang ada. Sama fungsinya seperti Smart Tag yang ada di Malaysia. Tapi, apa pun check dulu baki E-tag anda, takut tiada wang pula di dalamnya.

‘Bebas’ Pengangkutan Awam

Terdapat beberapa tempat menarik yang anda boleh kunjungi dengan adanya kereta sewa. Seperti di San Remo, tepat jam 12 tengah hari, aktiviti memberi makan untuk burung pelican dijalankan. Manakala di Kenneth River pula, anda dapat memegang beruang koala secara percuma. Dua tempat ini adalah kawasan ‘bebas’ pengangkutan awam. Senang cerita, pengangkutan awam tidak akan berhenti di sini. Jadi ada baiknya anda menyewa kenderaan sendiri.

corporate-law
Scroll Up
error: Content is protected !!