LOADING

Type to search

Insider BP

INI MUNGKIN SALAH SATU LOKASI IDAMAN ANDA JEJAKKAN KAKI NANTI

backpackerz June 11, 2018
Share

Mengembara adalah terapi, tak kira sama ada harga barang naik atau mata wang turun – tetap kena pergi berjalan. Persoalannya, ke mana? Kami himpunkan 12 destinasi impian yang patut ada dalam wishlist setiap pengembara.

DREAM DESTINATIONS

50379759 - greenlanic northern lights, nearby nuuk, greenland

GREENLAND

Tanyalah kepada mana-mana backpacker, semuanya mesti pernah berhajat nak pergi ke Greenland sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pulau terbesar di dunia ini semakin popular apabila laluan masuk ke sini menjadi semakin mudah berikutan meningkatnya populariti seperti Iceland dan Lapland. Banyak aktiviti rare anda boleh buat di sini seperti melihat ikan paus, memanjat glasier dan menyaksikan aurora (Nothern Lights). Greenland jugalah lokasi untuk korang yang ingin melihat beruang kutub menjalani aktiviti seharian mereka. Jadi, pastikan Greenland termasuk dalam wishlist anda untuk tahun 2017.

Xinjiang_banner

XINJIANG, CHINA

Dikenali sebagai lokasi tanaman buah-buahan yang subur, batu-batu jed, emas dan landskap macam dalam lukisan, wilayah autonomi Xinjiang adalah lokasi terbaik untuk anda yang tak berapa suka melawat tempat-tempat pelancongan tipikal seperti Beijing. Antara lokasi pilihan di Xinjiang ialah Tasik Sayram yang dikenali sebagai mutiara Laluan Sutera yang juga merupakan tasik alpine terletak di kawasan yang paling tinggi di Xinjiang. Dengan altitud 2,073 meter, ia terletak di barat daya prefecture Botala, Urumqi. Sementara itu, jika mahukan kelainan, luangkan masa untuk ke gurun Kumtag di sebelah Timur Xinjiang.

Kalau anda rasa padang-padang pasir di negara Timur Tengah itu hebat – datang ke sini dan saksikan sendiri keindahan padang pasir Kumtag yang diangkat sebagai destinasi Taman Negara pada tahun 2012. Kumtag yang bermaksud ‘ gunung pasir’ dalam bahasa Uighur sangat sejuk pada waktu malam dan panas ‘menggelegak’ pada waktu tengahari. Apa yang menarik, kawasan padang pasir tandus seluas 1,880 kilometer persegi ini bukanlah hanya kawasan padang pasir semata-mata. Ia juga menempatkan kawasan rumput menghijau kira-kira 500 kilometer ke arah selatan Sungai Yangtze.

galle_sri_lanka

GALLE, SRI LANKA

Bahagian selatan Sri Lanka terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dan budaya masyarakat tempatan yang tidak dapat dilihat di tempat lain. Antara lokasi pantai tumpuan ramai ialah Galle yang dikenali sebagai lokasi untuk menyaksikan penduduk tempatan melakukan aktiviti memancing yang dipanggil stilt fishing – pemancing duduk di atas kerusi kayu bersilang dipanggil ‘petta’ yang diikat pada tiang beberapa meter dari persisir pantai.

Teknik kuno ini dipercayai dicipta sewaktu zaman Perang Dunia ke-2, di mana ketika itu masalah lokasi memancing yang sesak membuatkan sesetengah penduduk mencipta teknik kreatif untuk memancing ikan dengan duduk di atas air.

Ada dua lokasi di Galle untuk melihat aktiviti memancing unik ini. Lokasi pertama di Welligama tetapi segelintir pengembara berkata pemancing di sini bukanlah yang tulen – mereka hanya pose di hadapan kamera untuk pelancong mengambil gambar bagi mendapatkan wang. Jika mahu melihat pemancing sejati yang menggunakan teknik kuno ini, anda perlu terus bergerak ke arah timur di kawasan pantai selatan ini melepasi pekan kecil Matara. Sebaik saja anda tiba di penghujung Matara anda akan nampak papan tanda Polhenna Beach. Di situlah anda akan dapat melihat pemancing-pemancing tulen melakukan aktiviti seharian mereka.

guizhou_corn

GUIZHOU, CHINA

Hendak jadi pengembara tegar mestilah nak pergi tempat yang rare kan? Barulah mencabar. Untuk itu, saya cadangkan anda ke wilayah Guizhou, China. Sejak dulu lagi, Guizhou merupakan wilayah yang jarang dikunjungi orang luar – satu kerugian kerana mereka tidak sedar keindahan menakjubkan yang ada di sini. Masa bergerak dengan perlahan di Guizhou – etnik minoriti Miao dan masyarakat kampung di kawasan pergunungan Dong menjalani rutin seharian tanpa tergesa-gesa .

Dulu memang susah hendak ke Guizhou. Memakan masa kira-kira 20 jam perjalanan dari Guangzhou. Kini, hanya empat jam diperlukan untuk ke sini sejak pembukaan laluan kereta api pada penghujung tahun 2014. Lokasi tumpun yang anda harus pergi di sini ialah Xingyi, bandar dengan latar belakang kawasan pergunungan di mana bebunga canola akan bertukar kekuningan pada bulan Mac setiap tahun, menjadikan kawasan di sekitarnya kelihatan seperti permaidani kuning jika dilihat dari atas. Jika ke Guizhou, anda perlu bermalam di sini sekurang-kurangnya dua malam untuk menyaksikan keindahan bunga canola ini dari lokasi yang berbeza.

guizhou_corn

MALAGA, SEPANYOL

Malaga yang merupakan sebahagian daripada wilayah Andalusia di Sepanyol menawarkan destinasi percutian tepi pantai yang popular bandar Marbella. Bandar yang juga merupakan ibu negeri Malaga ini turut dikenali sebagai pusat kebudayaan yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Tempat kelahiran pelukis terkenal Picasso ini dipenuhi muzium yang mempamerkan lukisan-lukisan lama yang sesuai untuk pencinta seni.

Scroll Up