fbpx
LOADING

Type to search

Editor Pick Itinerari BP Travel

Itinerari 4 Hari 3 Malam ke Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah dengan Bajet RM600 – Siap Kereta Sewa Sekali. Berbaloi!

MM February 18, 2019
Share
  • Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia
  • Digelar “Negeri Di Bawah Bayu” kerana bayu membawa maksud angin
  • Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, dahulunya dikenali sebagai Jesselton

Sabah cukup terkenal dengan tarikan alam semulajadi, dan saban hari jumlah pelancong semakin meningkat tidak kiralah dari Malaysia mahupun pelancong luar. #DekatJe 

Sabah, Negeri Di Bawah Bayu

Melancong ke Sabah ini tidaklah susah dan mencabar, cuma memerlukan persediaan serta carian maklumat bagi melancarkan percutian anda di sana nanti. Pendek kata, rancang perjalanan anda dengan sebaiknya bukan main terjah semberono.

Lebih mudah kalau kami cadangkan untuk korang menggunakan perkhidmatan Daeng Car Rental & Tours sekiranya bercadang untuk bercuti di Sabah. Sebab apa?

Tak perlu pening kepala nak cari kereta sewa, pada masa yang sama, mereka juga boleh susun itinerari ringkas tapi padat sepanjang percutian korang ke Kota Kinabalu dan Kundasang.

Pemandangan di Kundasang. Foto - Des Neville

SABAH BOLEH BA KALAU KAU!

Tak lengkap diari percutian kalau tak pergi melancong ke Sabah. Sekarang ni dah tak susah, korang tempah je kereta sewa guna laman sesawang www.daengrentacar.com. 

Tempah online sahaja, lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau korang ada plan nak ke Kundasang dan Kota Kinabalu, boleh ‘follow’ itinerari yang dicadangkan Daeng Car Rental ini. 

Daeng Car Rental & Tours in Sabah

RINGKASAN BAJET

Bawah RM600/pax untuk pergi 4-6 orang. Lagi ramai, lagi murah boleh dapat! 4 Hari 3 Malam; satu malam di Kundasang, dua malam di Kota Kinabalu

  1. ✅Tiket AirAsia beli masa promo RM200+ (return flight)
  2. ✅Penginapan di Kota Kinabalu dan Kundasang RM80+ /pax (Guna booking.com/agoda.com)
  3. ✅Kereta Sewa & Minyak RM120+ / pax (Booking online di www.daengrentacar.com ada diskaun 5% serta voucher diskaun)
  4. ✅Makan Minum & Aktiviti RM 150+ / pax (Kalau makan banyak, habis banyak belanja juga… hehe)

HARI PERTAMA – KUNDASANG (1 Malam)

  • Ambil flight yang tiba di Kota Kinabalu International Airport waktu pagi
  • Teruskan perjalanan ke Kundasang. Nak mudah korang tempah je terus kereta sewa dengan Daeng Rent A Cars di www.daengrentacar.com, siap ada diskaun 5% lagi
  • Nak lagi murah korang ushar voucher diskaun di FB mereka (Daeng Car Rental & Tours)
  • Dalam perjalanan, singgah di Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli & Pekan Nabalu
  • Sampai sahaja di Kundasang, terus check-in hotel yang telah ditempah. Berehat sekejap & boleh teruskan ke kawasan menarik di Kundasang
  • Kinabalu National Park – Kundasang
  • Kundasang War Memorial
  • Pasar di Pekan Kundasang
  • Mesilau Nature Park
  •  Strawberry Mesilau Park
  • Habis pergi semua tu, balik rehat, makan dan have a good sleep!
Rumah terbalik di Sabah
Jom layan video percutian bersama Daeng Car Rental & Tours! Tekan play button 

HARI KEDUA – KUNDASANG KE KOTA KINABALU

  • Esoknya, check-out hotel di Kundasang, terus pergi ke tempat berikut. Sila ikut turutan untuk perjalanan korang lebih mudah dan enjoy!
  • Desa Cattle Dairy Farm (pergi pagi sebelum pukul 10 untuk pemandangan yang cantik)
  • Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti – Ranau
  • Poring Hot Spring – Ranau
  • Ladang Teh Sabah
  • Habis semua ni teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu
  • Tiba di Kota Kinabalu (Masih malam hari kedua)
  • Check in hotel di Kota Kinabalu, ambil penginapan sekitar Bandar Jesselton (buat tempahan awal, guna booking.com/agoda.com)
  • Berehat, dan cari makan malam di Pasar Malam Sinsuran
I love Sabah Tea
Perkena susu di Desa Cattle Dairy Farm

HARI KETIGA – KOTA KINABALU 

  • Esok pagi, teruskan aktiviti ikut turutan
  • Pulau Manukan / Pulau Mamutik / Pulau Sapi (Separuh Hari)
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Solat Zohor)
  • Menara Tun Mustapha
  • Atkinson Clock Tower
  • Muzium Sabah
  • Masjid Negeri Sabah (Solat Asar)
  • Tugu Peringatan Double Six @ Double Six Monument
  • Pantai Tanjung Aru (tengok sunset view)
  • Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu (boleh makan lobster malam ni … hehe)
  • Berehat & tidur. Goodnight
Cari seafood di Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu

HARI KEEMPAT 4 – KOTA KINABALU

  • Esok pagi-pagi, sebelum terbang balik, korang pergi la jalan-jalan sekitar pasar Philippine
  • Beli ole-ole sikit bawa balik
  • Dan akhir sekali, terus pergi ke airport (ambil flight yang petang-petang sikit, baru rileks…hehe)
  • Pulangkan kereta kepada Daeng Car Rental & Tours
  • Tu je kami rasa itinerari yang terbaik untuk pergi Sabah sepanjang 4 hari 3 malam
"Wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine" - Kinabalu National Park

PERINGATAN

  • Tempah tiket flight masa promo dan diskaun. AirAsia tengah buat promosi sampai 24 Februari ini. Klik di sini
  • Tempah awal-awal hotel di booking.com dan sebagainya
  • Kereta pon booking awal, online jer di www.daengrentacar.com, super jimat dan berbaloi! Sebab ada 5% diskaun untuk tempahan 3 hari serta voucher diskaun. Boleh tengok di facebook Daeng Car Rental & Tours
  • Makan lobster segar! Rumpai laut buat ulam! Padu beb
Layari www.daengrentacar.com untuk membuat tempahan sekarang!
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!