LOADING

Type to search

Itinerari BP

Gadis ini terjah Osaka, Kyoto & Nara dengan bajet RM 2000 sahaja!

MM December 5, 2018
Share

Pengalaman bercuti ke negara matahari terbit sesuatu yang sangat istimewa. Siapa sahaja yang pernah sampai ke Jepun, pasti ingin mengulanginya. 

Jepun sendiri mempunyai banyak nama panggilan seperti Nippon, Wa, Yamato, Jepang dan sebagainya. Malah bandar-bandar di Jepun juga mempunyai pelbagai sejarah dan gelaran kerana mengikut perkara dan suruhan semasa zaman pemerintahan dahulu.

Bajet yang dibelanjakan oleh pengikut BackPackerz, Felicia Swilten sepanjang lima hari empat malam adalah sebanyak RM 2 ribu – pas tiket, membeli-belah dan ronda-ronda. Tidak termasuk tiket penerbangan, hotel  bajet dan makan minum ye guys! 

Nasihat Felicia, jika korang jenis kurang shopping dan tidak boros, dengan RM 2 ribu sudah mencukupi untuk pergi ke beberapa lokasi tarikan pelancong. Cuma gadis comel ini tetap bawa “extra” RM 1 ribu sebagai duit kecemasan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau kan. 

Kali ini BackPackerz kongsikan itinerari ringkas untuk korang tuju di Kyoto, Nara dan Osaka sewaktu musim luruh. Memang berbaloi untuk gambar-gambar Instagram atau media sosial korang. Sangat colorful! 


#INFO

1 – Kyoto merupakan salah satu bandar tertua di Jepun dan pernah menjadi ibu negara Jepun. Kyoto adalah sebuah bandar di pulau Honshu. Ia terkenal dengan pelbagai kuil Buddha klasik, serta taman-taman, istana-istana imperium, kuil Shinto dan rumah kayu tradisional.

2 – Nara pula adalah ibu kota kepada Wilayah Nara, terletak di tengah-selatan Honshu. Bandar Nara mempunyai kuil besar dan karya seni bertarikh abad ke-8. Tempat popular adalah melawat rusa berkeliaran di Taman Nara dan tapak kuil Todaiji.

3 – Osaka digelar sebagai bandar pelabuhan dan pusat komersial yang besar di Pulau Honshu, Jepun. Osaka terkenal seni bina modennya, kehidupan malam yang meriah serta makanan jalanan yang enak lagi variasi.


Hari Pertama (Kyoto)

  • Fushimi Inari
  • Togetsukyo Bridge
  • Arashiyama Bamboo Grove

Hari Kedua (Nara)

  • Nara Park
  • Naramachi (Nara Old Town)

Hari Ketiga (Osaka)

  • Shinsaibashi Shopping Arcade
  • Osaka Castle Museum
  • Umeda Sky Building (Floating Garden)
  • Dotombori River Cruise
  • Tempozan Giant Ferris Wheel
  • Santa Maria Day Cruise Ship
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!