Type to search

Berita BP Editor Pick

Jepun Memperkenalkan ‘Skuter Mini’ Berteknologi Tinggi Untuk Kegunaan Pelancong Sekitar Tokyo!

Share

Kalau Malaysia sedang berusaha nak membangunkan ekosistem dan infrastruktur kereta terbang menjelang 2020, Jepun tidak ketinggalan.


Syarikat gergasi Mitsubishi Estate Co. dan NTT Docomo Inc. telah memulakan percubaan ‘skuter mini elektrik’ berteknologi tinggi baru yang digelar “Rodem” di Tokyo.

A robot in Japan interacted with a customer at mall in Kokura last year - European Pressphoto Agency

Fungsi Rodem ini mudah, medium untuk membawa pelancong yang malas atau kurang daya untuk berjalan jauh ketika sightseeing. Rodem menawarkan pelancong peluang untuk ‘pelayaran’ di sekitar kawasan Marunouchi Tokyo secara percuma.

Skuter mini elektrik ini hanya boleh memuatkan satu orang dan dilengkapi dengan peranti tablet yang membolehkan pengguna mengakses maklumat mengenai restoran serta kedai di kawasan sekitar. Macam peranan tour guide tapi versi robot.


“Trivia – Rodem telah dihasilkan oleh pengilang robot yang berpangkalan di wilayah Fukuoka sebagai kerusi roda elektrik untuk digunakan dalam penjagaan kejururawatan”


“Rodems” cruise Tokyo’s Marunouchi district during test rides

Pengguna boleh mengawal Rodem menggunakan joystick dan ia hanya bergerak pada kelajuan kira-kira 6 kilometer per hour (kph). Tiga kenderaan ini telah digunakan untuk ujian dan percubaan, bergerak dari 10 pagi hingga 5 petang selama empat hari.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!