Type to search

Berita BP Featured Teknologi Travel

Jepun Menawarkan Kereta Sewa ‘Sleepable’ Bantu Pelancong Berjimat Untuk Kos Penginapan

Share

Umum diketahui, Jepun mempunyai rangkaian kereta api dan sistem pengangkutan awam yang sangat baik. Walaubagaimanapun, masih ada bahagian tertentu yang ada perlukan sebuah kereta persendirian untuk pergerakan serta akses yang lebih praktikal.

Fukuoka atau dipanggil Kyushu adalah sebuah wilayah dikelilingi dengan banjaran gunung & lautan di Jepun

Terdapat banyak kawasan yang agak sukar dijangkau di Jepun, sehingga hotel menjadi terhad dan kurang pilihan menjadikannya lebih sukar untuk mencari tempat penginapan yang mesra bajet.

Jangan risau, syarikat kereta sewa, Niconico Rentacar mempunyai penyelesaian serentak kepada masalah tersebut. Kini, korang boleh menyewa kereta yang dilengkapi ruang tidur di dalamnya.

Diperkenalkan, Nicohaku, kereta sewa yang boleh tidur

Dengan beberapa pengubahsuaian serta penambahan, model Daihatsu Wake ‘digubah’ menjadi tempat untuk berehat dan melelapkan mata. Menawarkan ruang dalaman yang agak selesa, kerusi dilipat rata, mempunyai tilam yang direka khas oleh Niconico Rentacar yang memberikan keluasan dalaman keseluruhan seperti sebuah katil luas dengan ukuran 185 sentimeter panjang.

Sudah tentu, mesti sukar untuk tidur dengan sinaran cahaya menerusi tingkap, jadi kereta sewa tidur ini dilengkapi dengan satu set langsir untuk menghalang cahaya matahari dan memberi privasi tambahan.

Set langsir untuk menghalang cahaya matahari & memberi privasi tambahan
Model Daihatsu Wake

Niconico Rentacar sesuai untuk pengembaraan kawasan pendalaman serta aktiviti luar yang lasak seperti mendaki, memancing atau masuk hutan. Korang bebas untuk parking di luar blok atau tempat parking yang disediakan. Selain itu, menyewa kereta ini akan membantu menjimatkan kos yang biasanya korang kena belanja lebih untuk penginapan di hotel.

Harga sewaan kereta Nicohaku adalah 10 ribu Yen (RM 382) untuk dua hari dan satu malam. Setakat ini, penginapan kereta sewa ini ditawarkan di lokasi Niconico Rentacar yang terpilih, termasuk Hachioji Horinouchi di Tokyo dan Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido. Tempahan kereta sewa ‘tidur’ ini boleh dibuat disini – http://2525.niconicorentacar.info/campcar/

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!