LOADING

Type to search

Feast BP Kampung Bp

JIKA BERJALAN KE K.KINABALU, BOLEH SINGGAH MAKAN DISINI

backpackerz May 4, 2018
Share

Mencari makanan halal, sedap dengan tawaran harga yang berpatutan pastinya menjadi keutamaan ketika bertandang ke Sabah. Di sini, dsenaraikan lima restoran yang harus dikunjungi andai bertandang ke Kota Kinabalu, Sabah.

SPOT MAKAN SEDAP & HALAL

Halal4

The Warung

Jalan Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.

Terkenal dengan nasi kuningnya, makanan di warung kelihatan simple tetapi rasanya sangat sedap dengan lokasi yang sederhana tetapi yang paling penting ialah makanannya. The Warung terkenal dengan makanan dengan harga yang berpatutan dan juga makanan tradisi sabah dan indonesia serta gabungan makanan tempatan (Sabah & Indonesia) yang menghasilkan kombinasi hebat.

Nasi Ayam Singapura

Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah.

Restoran ini terletak di Ground 75, Kompleks Karamunsing di Jalan Tuaran. Merupakan rangkaian Restoran Nasi Ayam tertua di negeri Sabah, restoran ini telah lama mendapat tempat di hati pelancong yang bertandang ke Kota Kinabalu. Nasi Ayam yang dimasak secara panggang atau kukus yang disediakan bersama sos ‘resepi rahsia’ turun temurun ini pasti akan membuatkan anda kecur air liur.

Jika berasa tidak puas memburu Nasi Ayam, anda juga boleh mencuba menu ini di Rafflesia Chicken Hut di Karamunsing dan Nasi Ayam 2.80 di Centrepoint.

Kedai Kopi Kak Tini

58, Ground Floor, Gaya Street Kota Kinabalu.

Menikmati secawan kopi O pekat bersama pisang goreng yang rangup pastinya menjadi persinggahan sempurna setelah puas menjelajah di sekitar destinasi menarik yang ada di Kota Kinabalu. Kedai Kopi Kak Tini juga terkenal dengan hidangan Nasi Kuning dan Soto yang enak. Dek kerana keenakannya, maka tidak hairanlah jika restoran ini pernah menjadi persinggahan beberapa orang kenamaan seperti Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Restoran Masakan Sedap

Jalan Lintas, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum bercerita mengenai keenakan masakan seafood yang ada di sini, pastikan Coconut Puding menu pertama yang anda pesan andai berkesempatan ke sini kerana ianya sememangnya lain dari yang lain. Pencuci mulut ini disajkan di dalam sebiji kelapa dan rasanya benar-benar lazat apabila dinikmati (lembut seperti Tau Fu Fah). Untuk sajian makanan laut pula, jangan lupa untuk mencuba Butter Prawn, Ikan Talapia Steam Masak Teow Chew dan Soy Sauce Prawn. Oleh kerana restoran seafood yang halal agak terhad, maka pastikan restoran ini termasuk di dalam itinerari anda semasa backpack di sana nanti.

Halal3
Scroll Up
error: Content is protected !!