Type to search

Itinerari BP

Jom Ke Dorsett Putrajaya, Dekat Je…

Share

Hotel Dorsett Putrajaya terletak di tengah-tengah dan berhampiran dengan bangunan-bangunan kerajaan di Precinct 3. Hotel ini juga mudah dicari. Kenapa? Sebabnya penulis yang selalu sesat di Putrajaya pun dengan mudah dapat sampai ke sini…

Dorsett Putrajaya Dekat Je…

Lobby Lounge - yellow chairs (2)

Jadi Tumpuan

Terletak betul-betul berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan, Dorsett merupakan salah sebuah hotel baru di Putrajaya yang mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar. Hotel ini mempunyai 218 bilik tamu dan suite dengan kelengkapan kamar tidur yang selesa dan pemandangan yang menarik.

Kalau korang berniat untuk menginap di sini jangan tunggu lama-lama, korang boleh terus call dan booking. Suasana sekeliling hotel ini akan membuatkan korang tenang dan seolah-olah berada di negara asing yang jauh daripada kesibukan kota.

Antara keunikan Dorsett adalah pada lambang burung yang diangkat menjadi lambang utama hotel ini, yang membawa maksud traveler. Pada pandangan penulis, lambang burung yang dibawa oleh Dorsett sangat bermakna… Di mana tidak kira jauh mana korang merantau, tempat penginapan merupakan perkara penting yang korang akan cari kan? Traveler dan hotel berpisah tiada!

Mall Dalam Hotel

Paling rare yang ada di dalam hotel Dorsett Putrajaya ini adalah mallnya… Mall? Biar betul? Jangan tak percaya, dalam hotel ni ada laluan terus ke Annexe Shopping Mall. Kalau korang nak tahu paling best di shopping mall ni, ada food court yang menawarkan bermacam jenis makanan. Menu rare yang pastinya membuka selera korang adalah Soto Banjar, cendol durian dan tapai ubi. Memang kick habis!

Oh ya, buat pemegang kad CIMB, anda akan memperoleh beberapa keistimewaan jika membuat tempahan di hotel ini. Nak tahu apakah keistimewaan itu, hubungi Dorsett Hotel Putrajaya segera!

Info

Dorsett Hotel Putrajaya

Precinct 3, 62000 Putrajaya Malaysia.

Tel: +603 8892 8388

Scroll Up
error: Content is protected !!