LOADING

Type to search

Travelog BP

Jom Lawati Lokasi Paling Awesome Yang Ada Di Dunia

backpackerz May 28, 2018
Share

Jom intai tempat-tempat yang super awesome yang korang boleh lawati nanti.

6 Tempat Ni Dikira Paling Awesome Di Dunia

ES2

Stonehenge (England)

Stonehenge dibina secara berperingkat. Tugu pertama adalah monumen henge, dibina kira-kira 5000 tahun yang lalu. Manakala bulatan batu yang unik telah didirikan pada zaman Neolitik kira-kira 2500 sebelum masihi (SM). Pada awal zaman, banyak kubur telah dibina berhampiran. UNESCO telah menyenaraikan Stonehenge sebagai tapak Warisan Dunia pada tahun 1986. Jangan lupa ke sini untuk lihat keadaan batu-batu yang sudah berusia bertahun-tahun lamanya, masih tegak berdiri.

ES3

Pont Du Gard (Perancis)

Jika dilihat dari jauh, Pont Du Gard ibarat jambatan besar yang tinggi dan kukuh merentangi Sungai Gard. Hakikatnya, Pont Du Gard berfungsi sebagai sebuah jambatan saluran air (aqueduct bridge) sejak zaman Romawi kuno lagi, merentasi sungai Gard (Gard River) di selatan Perancis. Ketinggiannya mencapai 49 meter dan panjangnya 275 meter. Pont Du Gard dijaga dengan baik dan merupakan tapak sejarah dan kebudayaan UNESCO sejak tahun 1985. Anda akan rasa teruja jika berada dekat dengan jambatan saluran air ini.

ES4

Pulau Easter (Chile)

Terletak di lautan pasifik, pulau Easter telah menjadi kawasan jajahan Chile sejak tahun 1888 lagi. Pulau ini terkenal dengan 887 patung yang dipanggil moai, yang dicipta oleh penduduk awal Rapa Nui. Pada tahun 1995, UNESCO telah mengisytiharkan pulau Easter sebagai Tapak Warisan Dunia yang dilindungi oleh Taman Negara Kebangsaan Rapa Nui. Jangan tak tahu, patung di sini sebenarnya ada badannya. Nak tahu kena sampai ke sini.

ES5

Leshan Giant Buddha (China)

Terletak di timur Kota Leshan, Provinsi Sichuan, China. Dipahat di pinggir bukit pada abad ke 8 masehi di antara tiga sungai iaitu sungai Min, sungai Qingyi dan sungai Dadu. Patung ini berketinggian 71 meter dan merupakan patung Buddha terbesar di dunia. Sanggul yang terdapat pada ukiran rambut patung ini terdiri daripada 1.021 sanggul. Pembuatan patung ini mula dijalankan pada tahun 713 masihi, semasa zaman Dinasti Tang dan selesai pada tahun 803 masihi. Patung Leshan ini dijadikan salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1996. Pemandangan disekitar tempat ini sangat indah dan luar biasa.

ES6

Candi Borobudur (Indonesia)

Borobudur adalah sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Candi berbentuk loceng ini dibina oleh penganut agama Buddha Mahayana sekitar tahun 800 masihi semasa zaman pemerintahan Syailendra. Candi ini ditemui oleh Sir Thomas Stamford Raffles sejak tahun 1814.Pemerintahan Republik Indonesia dan UNESCO telah mengisytiharkan tempat ini sebagai tempat bersejarah dan termasuk dalam Tapak Warisan Dunia sejak berpuluh tahun lamanya. Jika ke Yogyakarta, pastikan korang singgah ke sini.

ES7

Kinkaku- Ji (Jepun)

Kinkakuji atau dikenali sebagai Golden Pavilion adalah sebuah kuil Zen dua tingkat yang terletak di Utara Kyoto Jepun. Yang menariknya kuil ini, kedua-dua tingkat kuil disaluti dengan emas dan dibina menghadap kolam besar.Kuil ini dikelilingi air dan tumbuh-tumbuhan yang indah. Pengunjung dapat mengambil gambar sekitar kuil ini sahaja. Pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam kuil ini.

Scroll Up