Type to search

Antarabangsa Berita BP Insider BP Travel

Kadar Penginapan & Hotel Diskaun 50 Peratus, Sri Lanka ‘Rayu’ Pelancong Datang Kembali

Share
  • Industri pelancongan Sri Lanka terjejas teruk selepas satu insiden serangan terancang pada 21 April lalu & mengorbankan 250 orang.
  • England, India & Amerika Syarikat antara negara yang mengeluarkan ‘amaran perjalanan’ ke atas rakyatnya.
  • Sri Lanka merupakan destinasi pilihan Lonely Planet bagi tahun 2019.

Buat pengetahuan korang, sektor pelancongan di Sri Lanka telah menyumbang sebanyak 5 peratus kepada keluaran dalam negara kasar. Secara purata terdapat sejumlah 4,500 pelancong asing setiap hari di Sri Lanka pada tahun lalu. Kini angka tersebut berkurang kepada 1,500 sahaja.ย 

Pengendali pusat pelancongan di kawasan pantai turut terjejas terutama dengan kedatangan musim monsun. (Foto - Reuters)

Trend tempahan percutian untuk bulan-bulan akan datang di Sri Lanka dilaporkan kurang memberangsangkan dan terjejas. Ini gara-gara insiden serangan pengebom menjelang Hari Easter pada April lalu, yang menyaksikan hotel-hotel dan gereja menjadi sasaran serta mengorbankan 40 warga asing.

Pengusaha industri pelancongan Sri Lanka kini berusaha untuk ‘menambat hati’ para pelancong dunia selepas negara kepulauan terkesan dengan ‘tragedi hitam’ tersebut.

Galle, small city in Sri Lanka

Pengendali pelancongan kawasan peranginan pantai misalnya telah menurunkan kadar penginapan malah agreasif mempromosikan ke negara sasaran seperti Rusia. Antara negara yang mengeluarkan notis perjalanan bagi Sri Lanka adalah England, India dan Amerika Syarikat.

Sedikit sebanyak peringatan tersebut telah menyumbang kepada banyak pembatalan perjalanan (percutian) dalam kalangan pengembara serta pelancong luar, selain kadar tempahan penginapan yang merosot.

A street market somewhere between Colombo & Nuwara Eliya, Sri Lanka

Antara inisiatif untuk menarik minat kedatangan pelancong semula, Sri Lanka kini bersedia menjadi tuan rumah bagi acara sukan antarabangsa seperti kriket, selain menawarkan kadar harga penginapan yang minimum.

Sri Lanka Airlines turut menawarkan kadar tambang istimewa serta membuat promosi bersama dengan lembaga pelancongan kerajaan. Travel agent juga menyediakan khidmat menjemput di airport secara percuma.

Seorang pelancong asing bersantai di sebuah pantai peranginan di Negombo, Sri Lanka. (Foto - Reuters)

Antara inisiatif untuk menarik minat kedatangan pelancong semula, Sri Lanka kini bersedia menjadi tuan rumah bagi acara sukan antarabangsa seperti kriket, selain menawarkan kadar harga penginapan yang minimum. Selain itu, China dan India telah menarik balik nasihat perjalanan ke atas rakyat mereka yang ingin mengunjungi ke Sri Lanka.

Sri Lanka Airlines turut menawarkan kadar tambang istimewa serta membuat promosi bersama dengan lembaga pelancongan kerajaan. Travel agent juga menyediakan khidmat menjemput di airport secara percuma. Lavanga Resort & Spa di pantai Hikkaduwaย menawarkan bilik penginapan pada harga $35 (RM147) dan bukannya harga biasa iaitu $75 (RM313), beserta sarapan pagi.

One of island with white sand in Sri Lanka

Oleh itu, penawaran sebegini merupakan peluang terbaik untuk korang yang nak melancong dengan kos perbelanjaan minimum sebab airlines tengah promo dan kadar penginapan yang rendah serta berpatutan.

Masa terbaik untuk melawat pantai barat dan selatan serta kawasan berbukit di Sri Lanka adalah dari Disember hingga Mac, manakala cuaca terbaik di pantai timur adalah dari April/Mei hingga September.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!