LOADING

Type to search

Insider BP

KAMPUNG INI TIADA JALAN RAYA DAN IA SANGAT INDAH UNTUK DILAWATI

backpackerz May 3, 2018
Share

Bandar Giethoorn terletak kira-kira 55 kilometer dari arah Timur Laut Amsterdam. Ia merupakan satu-satunya perkampungan di mana akses utama ke kawasan sekitarnya adalah dengan menaiki bot melalui terusan air, berbasikal atau berjalan kaki merentasi jambatan gerbang kayu.

Terletak dalam wilayah Overijssel, perkampungan ini memiliki terusan air sepanjang empat batu berlatarkan pemandangan indah rumah-rumah ladang dengan bumbung beratap rumbia yang dibina sejak abad ke-18. Justeru itu, tidak hairanlah andai tempat ini mendapat jolokan ‘Venice of the Netherlands’.

Dek kerana keunikannya, maka bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila mana Giethoorn menjadi salah satu tarikan pelancongan yang popular. Berbasikal atau menaiki bot-bot kecil (canal tours) adalah cara terbaik dan popular buat pelancong untuk menikmati suasana desa ini. Kampung ini diasaskan oleh sekumpulan pelarian dari rantau Mediterranean pada sekitar tahun AD 1230.

Giethoorn Netherlands – Perkampungan Indah Tanpa Jalan Raya.

3

Jadi Tumpuan Sepanjang Musim

Destinasi ini menjadi terkenal pada tahun 1958 apabila ia menjadi lokasi penggambaran filem Fanfare, sebuah filem Belanda yang diarahkan oleh Bert Haanstra. Terdapat kira-kira 180 buah jambatan yang ada di perkampungan yang menempatkan kira-kira 2600 orang penduduk ini.

Antara yang menjadi tarikan utama para pelancong ialah sejumlah muzium yang ada di Giethoorn. Di sini, mereka boleh belajar mengenai sejarah kehidupan masyarakat di sini sejak 100 tahun yang lalu, melihat kerja-kerja penghasilan tembikar secara tradisional dan kereta antik. Terdapat juga pameran seni yang aktiviti muzikal yang dijalankan sepanjang tahun.

Desa ini juga terletak di tengah-tengah Taman Negara Weeribben-Wieden, yang mana pada dasarnya ia merupakan salah satu satu rizab alam semula jadi yang besar dan terbaik untuk diterokai. Menjelang musim sejuk, terusan dan tasiknya yang dipenuhi air ini bertukar menjadi sebuah tempat yang menarik untuk aktiviti meluncur ais.

Justeru itu, jangan lupa untuk menjadikan destinasi ini sebagai salah satu sebagai lokasi yang wajib dikunjungi andai berpeluang untuk backpacking di negara Belanda pada suatu hari nanti.

Buat mereka yang bertandang ke sini, terdapat beberapa buah hotel dan B&Bs yang beroperasi buat tetamu yang datang untuk menyelami Giethoorn dengan lebih mendalam. Antara yang sering menjadi pilihan adalah Hotel Restaurant de Jonge, De Olde Smidse, De Kruumte, Hotel de Harmonie dan Hotel Restaurant de Pergola.

Scroll Up
error: Content is protected !!