Kantoi! Peniaga jalanan di Pakistan jual anggur yang dicat kepada pelancong
Share

- Layla Khan, dari Birmingham, dan sepupunya menyiasat makanan yang dijual di sebuah pasar jalanan di Afzal Pur, Pakistan.
- Ibu saudaranya tiba-tiba jatuh sakit serta cirit-birit selepas makan buah anggur yang dibeli di pasar tersebut.
- Mereka terkejut melihat seorang penjual mencangkung di belakang gerai menggunakan sebatian campuran atau semburan warna merah.
Seorang pelancong British mengeluarkan amaran kepada pelancong lain selepas dia melihat seorang peniaga jalanan di sebuah pasar di Pakistan menyembur cat merah pada buah anggur sebelum menjualnya kepada pelanggan mahupun pelancong.
Layla Khan, 23, dan sepupunya menyiasat makanan di pasar jalanan tersebut selepas ibu saudaranya menderita sakit dan cirit-birit selepas makan buah anggur tersebut.ย Mereka terkejut apabila melihat seorang peniaga mencangkung di belakang gerainya sambil mengecat buah anggur muda dengan warna merah

Rakaman video oleh Layla menunjukkan peniaga itu sempat menoleh ke belakang selepas menyedari aksinya dirakam lalu tersengih seolah-olah tidak melakukan kesalahan. Menurut peniaga itu sewaktu disoal Layla, semua orang (peniaga) juga melakukan perkara yang sama seperti saya.ย
Pasar di Afzalpur, Pakistan ini turut menjual pelbagai jenis makanan seperti kebab, kuih-muih, samosa, buah-buahan dan kelapa. Pelancong Britain ini memberi peringatan kepada pelancong lain supaya lebih berhati-hati.

Ini bukan kejadian kali pertama melibatkan vendor jalanan yang ditangkap kerana mengubah makanan. Pewarna dan bahan kimia sering digunakan oleh peniaga jalanan untuk menjadikannya lebih segar serta meningkatkan jualan. Taktik ‘kotor’ ini sering digunakan sekitar Pakistan dan India.ย
Nasihat BackPackerz, kalau teringin sangat nak beli makanan atau buah, carilah di pasar raya atau kedai serbaneka yang korang rasa yakin. Mungkin harga sedikit mahal tetapi konfem lebih selamat.

