Type to search

Berita BP Kemalangan Travel

Katedral Notre Dame, Bangunan Bersejarah & Ikonik di Paris Terbakar

Share
  • Notre Dame terletak di Île de la CitΓ©, sebuah pulau kecil di tengah-tengah bandar raya.
  • Katedral bersejarah ini adalah salah satu tarikan Paris yang popular, menarik kira-kira 13 juta pelawat setiap tahun.
  • Dengan menaranya, puncak menara, penyangga menyerong, gerbang dan kaca berwarna, Notre Dame dianggap sebagai seni bina serta simbal agama & budaya utama di Perancis.

Warga Paris pada lewat petang Isnin telah dikejutkan dengan kejadian kebakaran di Notre Dame Cathedral – Bangunan bersejarah (Catholic Cathedral) yang wujud sejak Zaman Pertengahan ke-13.

Firefighters tackle the blaze as flames & smoke rise from Notre Dame cathedral (Photo courtesy - AP Photo/Michel Euler)

Difahamkan, api marak selama beberapa jam telah menyebabkan puncak menara ikonik itu tumbang dan merosakkan struktur bumbung bangunan dengan seni bina berciri Gothic berusia 850 tahun itu.

Punca insiden ini masih belum diketahui, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dilakukan di situ.

Menjelang awal pagi Selasa, para pegawai melaporkan api berjaya dikawal dan beberapa artifak yang tidak ternilai telah diselamatkan daripada katedral yang terbakar itu.

The burning make ash is falling on tourists & others around the islands (Photo courtesy - AP Photo)
Flames & smoke are seen billowing from the roof at Notre-Dame Cathedral (Photo courtesy - Getty)

Menurut laporan CNN, pekerja dan penyelamat bergegas untuk mengosongkan bangunan bersejarah itu. Namun sekurang-kurangnya seorang ahli bomba cedera teruk.

Kira-kira 400 anggota bomba telah dikerahkan untuk menangani kebakaran. Jentera bomba menghadapi kesukaran untuk mengakses ke lokasi kejadian gara-gara kesesakan lalu lintas dan waktu petang yang sibuk.

Pont Louis Philippe, Paris, France

“Paris without the cathedral is not Paris anymore” – Saksi kejadian


View top of Notre Dame Paris, France

Presiden Perancis, Emmanuel Macron memuji kepantasan ahli bomba memadamkan api serta menyelamatkan struktur bangunan bersejarah yang digelar “the cathedral of all French people“.

Polis Perancis menggesa orang ramai dan pelancong untuk mengelakkan berkumpul sekitar kawasan kejadian.

Sumber: CNN & Astro Awani
Featured image: Rafa Garcia (Twitter)
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!