fbpx
LOADING

Type to search

Antarabangsa Berita BP Editor Pick Travel

Keluarga Malaysia ditahan di rumah sewa yang ‘tidak terurus’ di Australia

MM January 18, 2019
Share
  • Tujuh ahli keluarga dari Malaysia, termasuk seorang remaja lelaki, ditahan dalam serbuan di rumah sewa yang mereka tinggal di Perth
  • Serbuan tersebut merupakan sebahagian daripada operasi nasional “Battenrun” yang mensasarkan eksploitasi pekerja asing
  • Keadaan di dalam rumah tumpangan mereka adalah ‘kurang bersih’, tidak menyenangkan serta diabaikan

Operasi ini dijalankan oleh Australian Border Force (ABF). Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, seorang lelaki berusia 28 tahun yang menetap di Australia secara haram sejak Julai 2017, disyaki terlibat dalam eksploitasi pekerja haram di sektor pertanian dan bertindak sebagai “ejen migran” yang tidak berdaftar.

Empat lelaki, dua wanita dan seorang budak lelaki berusia 13 tahun – semua adalah anggota keluarga yang sama telah ditahan di rumah sewa mereka yang terletak di pinggir bandar Southern Perth Anketell pada hari rabu, 16 Januari lalu. 

Antara ahli keluarga lain yang ditahan ialah dua saudara lelaki berusia 24 dan 23 tahun dan bapanya, 54 tahun. Ibu berusia 47 tahun, kakak ipar berusia 24 tahun dan abang berusia 13 tahun itu turut ditahan oleh ABF.

Foto - Australian Force Border
Foto - Australian Border Pass

“Semua telah menetap secara haram di Australia dan kedua-dua saudara dewasa ini juga disyaki bekerja secara haram. Keluarga ini telah ditahan di pusat tahanan dan dijangka akan dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin,” jelas Clint Sims mewakili Australian Border Force.

Menurutnya lagi, keadaan di dalam rumah sewa ‘tumpangan’ mereka adalah ‘kurang bersih’ dan agak menyedihkan. Pengeksploitasian pekerja haram adalah penyakit dalam masyarakat di sini.

Pekerja-pekerja “tanpa izin” ini amat terdedah dengan pelbagai risiko, bayaran tidak setimpal, dilayan dengan buruk serta diberikan rumah tumpangan yang tidak terurus. 

Penahanan keluarga Malaysia ini adalah sebahagian daripada “Operasi Battenrun”, sebuah operasi kebangsaan berskala besar yang menyasarkan pengantara pekerja buruh yang tidak bertanggungjawab dan eksploitasi pekerja asing di Australia. 

Sumber: Channel News Asia
Foto - Australian Border Force
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!