Type to search

Berita BP Featured Travel

Kemudahan Bilik Solat Disediakan Di Taipei Main Station, Taiwan

Share
  • Dianggarkan terdapat lebih 300 ribu orang Islam di Taiwan.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan merupakan satu-satunya hub pengangkutan awam yang menyediakan empat bilik solat.
  • Industri pelancongan yang melibatkan pelancong Islam adalah salah satu pasaran yang paling cepat berkembang di dunia.

Secara harfiahnya, Muslim Travelers mempunyai beberapa keperluan khusus yang perlu dititikberatkan sebelum mengunjungi sesebuah negara. Meskipun penduduk Islam adalah kumpulan minoriti, Taiwan telah melakukan usaha baik untuk menyediakan kemudahan terkini buat pelancong Muslim.

Taipei XinYi District, Taiwan

Sebuah surau telah dibuka di Taipei Main Station, kemudahan pertama seumpamanya di hab pengangkutan awam domestik di Taiwan.

Bilik solat ini merupakan komitmen berterusan oleh Taiwan Railways Administration untuk menyediakan perkhidmatan serta kemudahan piawaian antarabangsa kegunaan pelancong. Pada masa yang sama, mereka merancang untuk menubuhkan satu lagi muslim prayer room di Stesen Kereta Api Taoyuan.

You will find a prayer room located at Basement 1 inside Taipei Main Railway Station
Ruang solat yang selesa di Taipei Railway Station, Taiwan
Salah satu bilik solat di Kaohsiung Main Station

Dengan keluasan 72 kaki persegi, ruang solat ini dihiasi secara sederhana, mempunyai lantai kayu yang digilap, dua karpet solat, tanda arah (kiblat) dan kemudahan mencuci kaki yang dekat.

Ia terletak di B1 di sudut timur laut stesen berhampiran pintu masuk ke Taipei Metro Tamsui-Xinyi Line. Kemudahan ini direka dengan rundingan serta panduan daripada Persatuan Muslim Cina yang berpusat di Taipei City.

Chiang Kai-Shek Memorial Hall, Taiwan

Korang boleh nampak papan tanda yang menonjolkan bintang bulan di seluruh stesen yang memberi penumpang panduan ke bilik solat. Penolong Setiausaha China Muslim Association, Ieman Tsai memuji pelancaran biliki solat ini dan berkata ia adalah ukuran sejauh mana Taiwan menerima kedatangan pelancong Muslim.

Untuk info lanjut, korang boleh rujuk website Taiwanhalal.com atau muat turun aplikasi taiwanhalal di google play.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!