fbpx

Type to search

Event Insider BP

Kemunculan Pop-Up Store Doraemon & Rakan-Rakan di [email protected], Sepang – Padat dengan Cenderahati!

Share
  • Pop-up store Doraemon ini adalah yang pertama diadakan di lapangan terbang di Malaysia
  • [email protected], Sepang menyambut kedatangan lebih daripada 25 juta pengunjung di terminal penerbangan kos rendah terbesar di dunia
  • Masuk adalah percuma dan dibuka untuk pengunjung umum sehingga 28 April 2019

Penulis yakin ramai rakyat Malaysia yang lahir sekitar tahun 90-an mempunyai ingatan serta nostalgia membesar dengan watak kartun biru bernama Doraemon bersama rakan-rakannya seperti Nobita, Shizuka, Suneo serta Gian.

Terima kasih kepada pencipta Doraemon iaitu Fujiko Fujio yang berjaya menghidupkan jenama dan watak yang sentiasa diingati di seluruh Asia.

Doraemon bersama Nobita, Shizuka, Suneo & Gian

Berita baik untuk semua! Bagi meraikan kegembiraan bersama Doraemon, korang boleh berkunjung ke Pop-up store Doraemon & Friends di pusat membeli-belah [email protected] di Sepang.

Kemunculan kedai kiosk sementara ini telah dibuka di KLIA2 sejak 7 Mac hingga 28 April 2019, istimewa untuk menyatukan peminat Doraemon serta memberikan suasana keajaiban dan kegembiraan dalam kalangan pengunjung di sini.

Pelbagai tawaran produk & cenderahati versi Doraemon
T-shirt cetak Doraemon pun ada dijual di Pop-up Store, [email protected], Sepang

Jika sebelum ini, Animation International (M) Sdn Bhd telah membawa keseronokan Doraemon ke kedai sementara di Paradigm Mall di Johor Bahru dan Petaling Jaya, kini giliran pusat membeli-belah terbesar dalam airport di Malaysia iaitu [email protected]


“Saya menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan untuk mempromosikan membeli-belah sebagai tarikan pelancongan negara, menjadikan Malaysia sebagai hab membeli-belah, lantas menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan negara”, jelas En. Steve Chow, Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd.


Kiri: Mr. Steve Chow, Director of Animation International (M) Sdn Bhd Tengah: Datuk Rashidi Hasbullah, Chairman of National Arts Gallery Kanan: Ms. Selena Chua, CEO Retail WCT Malls

Peminat Doraemon boleh menyaksikan 30 patung figura mega Doraemon pada saiz manusia, bergambar unik bersama patung serta boleh membeli pelbagai jenis cenderahati termasuklah cenderahati edisi terhad di pop-up store ini.

Nasihat kami, sediakan duit shopping secukupnya sebab memang rambang mata weh. Ada botol air, bantal, t-shirt, cawan, keychain dan banyak lagi cenderahati berkonsepkan Doraemon.  

Media & Blogger tidak melepaskan peluang bergambar bersama patung Doraemon
Doraemon has come to be considered a Japanese cultural icon
Pelbagai tawaran cenderahati menanti pengunjung di [email protected]
Botol Doraemon baru RM 9.90

Doraemon Pop-up Store terletak di Aras 2 (di belakang ERL) di [email protected], Sepang. Waktu operasi adalah dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!