Type to search

Itinerari BP

KEPADA YANG BARU MULA TRAVEL, INI ANDA PERLU TAHU

Share

Zaman sekarang teknologi pintar memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja dapat memudahkan segala kerja dan aktiviti harian, semua kekusutan akan diselesaikan dengan cepat hanya ‘dihujung jari’ sahaja. Namun, kecanggihan teknologi sekarang telah ‘dinodai’ dengan adanya SCAM. Apa itu scam? Edisi kali ini akan bercerita sedikit tentang scam.

Scammer Bijak Hidu Backpacker ‘Newbie’

SC3

Scam

Penipuan di alam maya dipanggil scam. Manakala orang yang melakukan penipuan ini di panggil scammer. Penipuan alam maya? Bukan berlaku untuk orang yang membeli barang pada penjual online sahaja, tapi ada juga yang berlaku ke atas kaki-kaki travel, di mana ada ejen-ejen pelancongan menawarkan pakej kasih sayang yang dusta semata. Kalau dapat ejen pelancongan online yang betul-betul bagus tu bersyukurlah. Kalau dapat ejen jenis scammer ni.. Itu yang pedih!

‘Serangan’ Scammer

Disebabkan ada segelintir individu newbie yang sangat teruja untuk berjinak-jinak dalam dunia travel, aktiviti scam semakin berleluasa. Scammer akan mencari ‘mangsa’ dari kalangan newbie yang tidak mempunyai pengetahuan dalam cara untuk menguruskan hal-hal travel. Dengan tawaran harga murah dan pakej-pakej yang tak masuk akal ditawarkan, minat newbie untuk membayar harga pakej yang ditawarkan akan disegerakan tanpa berfikir panjang. Lepas tahu kena tipu, barulah nak menyesal.

Boikot Scammer

Bagi newbie yang ingin mengambil ejen-ejen online sebagai rujukan pakej untuk travel tak salah. Tapi, sebaiknya anda siasat dulu latar belakang ejen yang sedang berurusan dengan anda. Jangan lupa tanya pendapat kawan-kawan yang dah pernah berurusan dengan ejen-ejen online. Scammer ni merosakkan nama baik ejen-ejen travel lain yang jujur dan amanah. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

Cara ‘Hidu’ Scammer

Banyak cara yang anda boleh lakukan. Antaranya anda semak dahulu latar belakang ejen yang menawarkan pakej kasih sayang tu di google. Masukkan nama ejen atau nama syarikat pelancongan yang berurusan dengan anda. Kemudian baca feed back yang ada tentang ejen atau syarikat tersebut. Kalau ada ulasan-ulasan yang berbaur penipuan dari individu terdahulu, janganlah anda gatal tangan buat pembayaran juga. Stalk dulu ejen dan syarikat yang anda berurusan. Be smart ..

Aku Nak Duit Aku Semula!

Haa.. yang ni penting. Pada yang dah terkena dengan scammer ni, ada tip untuk dapatkan semula wang anda. Buat laporan di balai polis dan beritahu anda tersalah masukkan duit ke dalam akaun lain. Kemudian bawa laporan polis yang sudah di buat tu pada bank yang anda guna. In syaa allah.. Bank akan tolong jika sudah ada laporan polis. Tapi! Kena ingat.. Laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 48 jam selepas kejadian. Jangan tangguh-tangguh lagi kalau anda dah mengesyaki penipuan yang mereka buat. Kalau rasa ragu-ragu, bolehlah tanya saudara-mara atau ahli keluarga yang bekerja di bank cara untuk dapatkan semula duit tu.. Mesti ada caranya. Si scammer takkan dapat ‘joli’ duit anda dengan aman.

SC2
Scroll Up
error: Content is protected !!