LOADING

Type to search

Itinerari BP

KEPERLUAN INI MUNGKIN PENTING BAGI TRAVELGIRLS DILUAR SANA

backpackerz June 1, 2018
Share

Untuk gadis-gadis dan cik puan di luar sana yang sudah mula berjinak-jinak ke arah backpacking dan pengembaraan solo ke negara orang, pastinya rungsing untuk menghadkan barang-barang ‘penting’ yang perlu dibawa. Jom tengok apa yang penting untuk korang bawa!

8 Barang Penting Khas Buat Pengembara Solo, Girlss!

P1012371-1024x575 (1)

Pakaian

Ambil tahu musim dan keadaan cuaca tempat yang korang akan pergi, untuk memudahkan proses memilih pakaian yang perlu di bawa. Dah tahu keadaan cuaca negara yang korang nak pergi, mula la mengemas. Tapi! Pastikan korang tak bawa satu almari. Bawa pakaian yang tak perlu digosok dan sesuai untuk pengembaraan korang. Jangan bawa semua baju macam nak pergi pre-grad dinner pula. Huru-hara nanti nak jalan. Bawa je baju dan seluar yang selesa. Kena dengan gayanya pasti korang tetap nampak stylo! Bagi yang bertudung, korang boleh cuba tudung-tudung travel yang tidak perlu digosok, untuk memudahkan korang dari mencari iron di tempat orang nanti. Jangan lupa bawa baju sejuk, untuk pakai semasa dalam penerbangan korang. Sejukkk.. Bawa kuantiti pakaian bersesuaian dengan tempoh perjalanan korang. Kalau ada niat nak shopping pakaian di negara orang, kurangkan lagi kuantiti pakaian yang korang bawa untuk jimatkan ruang. Tak adalah ‘sarat’ nak bawa barang balik nanti.

12.03.12-ast-ft-girl-reading-map-40600070_582_388

Peta

Sebelum ke tempat yang korang nak pergi, pastikan korang ada tempat dan arah tuju yang jelas, supaya perjalanan korang lancar. Cari peta di google dulu, dan tengok lokasi yang korang nak pergi berhampiran dengan kawasan mana. Buat catatan sikit, jadi tak adalah sampai sana nanti korang hilang arah tuju. Walaupun teknologi sekarang ni boleh membantu memudahkan korang dengan mencari lokasi di applikasi telefon pintar korang, peta perlu ada dengan korang untuk masa-masa kecemasan seperti habis bateri atau kehilangan telefon pintar. Tak ada peta, macam mana korang nak jalan? Tak semua orang di negara luar peramah. Dapat yang peramah dan baik hati nak hantar korang ke tempat yang korang nak pergi, alhamdulillah. Jika tak? Menangissss.. Apa pun keadaan dan situasinya, pastikan korang ada buat catatan kawasan yang korang nak pergi dan pastikan korang ada satu peta untuk kegunaan diri sendiri.

996207_15167553

Duit

Bukan untuk gadis-gadis dan cik puan sahaja, duit adalah salah satu barang penting untuk semua orang. Bagi girls dan cik puan yang nak ke negara orang, pastikan bawa duit yang secukupnya. Aktifkan kad bank untuk pengeluaran luar negara bagi mengelakkan apa-apa masalah berlaku. Takut nanti nafsu membeli-belah tak dapat dikawal, terover bajet pula. Kan dah susah. Kalau dah aktifkan kad bank untuk pengeluaran luar negara, korang nak bawa balik satu negara pun boleh.. Tapi, jangan sampai terpaksa ikat perut pula bila dah balik ke negeri sendiri. Ingat! Jangan berbelanja ikut hawa nafsu, membazirkan amalan syaitan…

beauty-perfume-

Minyak Wangi

Orang perempuan memang sukakan wangi-wangian ni. Minyak wangi mesti ada dengan korang walau apa pun yang berlaku. Bawalah minyak wangi jenis ‘roll’ dalam botol kecil tu untuk jimatkan ruang dan untuk mengelakkan minyak wangi pecah atau tumpah. Minyak wangi kecil jenis ‘roll’ senang dibawa ke mana-mana, letak dalam poket pun boleh. Be smart girlss…

sku_60677_1

Toiletries Bag

Masukkan semua barang mandian dan penjagaan kecantikan ke dalam satu beg khas yang boleh memudahkan mencari barang-barang tu masa nak guna. Boleh letak dalam bagasi, tak ada masalah. Tapi masa cari nanti, takut barang dah tak jumpa. Jadi, letakkan dalam beg kecil semua barang mandian dan kecantikan, nanti senanglah nak cari. Tak perlu ‘selongkar’ satu bagasi untuk cari barang-barang kecil ni. Masukkan sekali pengetip kuku dan baby pin dalam toiletries bag. Baby pin tu untuk pin apa-apa bahagian yang perlu masa kecemasan. Siapa tahu kan? Bawa saja. Tak rugi pun,mesti ada gunanya nanti. Percayalah..

c088c6a6-2cbf-40b8-985a-dd4cba9c1d26_1.4ff3a125f8807fe8ad65ca828ca44bc8

Extra Bag

Bawa beg lebih, yang boleh dilipat dan tak makan ruang dalam bagasi. Untuk apa? Untuk isi baju yang korang dah pakai, atau untuk letak barang-barang yang korang beli. Kalau bagasi dah tak muat, ada beg lebih. Dah jimat, tak perlulah korang nak beli beg lain..

good-books-to-read-while-traveling

Buku

Khas untuk gadis-gadis dan cik puan yang suka layan perasaan dengan membaca novel, bawalah satu novel yang boleh mengisi masa minum kopi di negara orang dengan pemandangan dan suasana baru yang pasti akan menambah feel pembacaan korang nanti. Untuk yang bukan kaki novel, bawalah buku nota untuk korang catat semua benda-benda penting yang boleh membantu korang semasa perjalanan atau untuk korang tulis pengalaman manis korang di tempat orang. Mana tahu balik dari luar negara, boleh kongsi di dalam blog, atau terbit buku travelog sendiri. Bawa sahaja buku nota ke mana-mana, pasti ada fungsinya.

Young woman with backpack taking photo of a great landscape

Kamera

Zaman sekarang ni orang tak bawa dah kamera yang besar-besar. Untuk gadis-gadis dan cik puan yang travel solo, boleh bawa mirrorles camera, Go Pro atau monopod untuk telefon pintar korang. Senang nak selfie..! Mana boleh terlepas gambar-gambar cantik di tempat orang kan? Tapi kalau korang minat kamera DSLR, tak salah pun. Bawa sahaja, asalkan korang happy dan enjoy di sana.

Scroll Up
error: Content is protected !!