Type to search

Berita BP Gear outdoor

Kerusi Lipat Kanopi dengan ‘Kelambu’ Melindungi Anda Daripada Gigitan Pepijat Semasa Aktiviti Outdoor

Share
  • Kelsyus Original Canopy Chair with Bug Guard adalah buatan China
  • Menawarkan pelindungan 50+ UPF sinaran matahari pada ruang kanopi
  • Kerusi kanopi boleh menampung berat sehingga 113 kilogram

Musim panas yang sedang kunjung tiba bermaksud banyak acara dan aktiviti luaran yang menyeronokkkan boleh dirancang – pergi camping atau lalukan perkelahan pada hujung minggu bersama keluarga mahupun sahabat handai. Kebiasaannya, aktiviti outdoor memerlukan persediaan ringkas bagi mengelakkan gigitan pepijat atau kecederaan semasa pengembaraan.

If you love outdoor, you have the spirit of adventure

Nah, Kelsyus datang dengan penyelesaian masalah gigitan pepijat dengan penawaran “Kelsyus Canopy Chair dengan Bug Guard”, salah satu gear terkini yang sempurna untuk mengekalkan keselesaan anda menghayati keindahan alam semulajadi tanpa gangguan serta gigitan nyamuk, serangga dan pepijat.

Kerusi kanopi mudah alih dihasilkan untuk melindungi anda daripada gigitan pepijat pada setiap sudut dan mengurangkan rasa tidak selesa duduk di bawah terik matahari, terima kasih kepada jaring rekaan yang menutupi anda dari tanah sehingga kanopi.

Kelsyus Canopy Chair dengan Bug Guard

Jaring pelindung pepijat dijahit ke sisi kanopi tanpa kerumitan dan anda boleh sembunyikannya apabila tidak digunakan. Boleh je nak duduk macam biasa tanpa pelindung tersebut. 2 in 1 orang cakap.

Kerusi kanopi Kelsyus menggunakan tempat duduk mesh (material) yang besar dengan bulat depan untuk keselesaan lebih ergonomik. Anda boleh menyimpan jaring pelindung pada ruang penutupan zip di bahagian atas.

Tempat duduk yang selesa & ergonomik

Kerusi kanopi gaya quad ini juga sesuai untuk percutian pantai, konon-konon nak berjemur tepi laut. Kanopi penghalang matahari yang dipasang mampu mengurangkan kesan matahari dengan perlindungan 50+ UPF. Selain itu, ia juga menyediakan pemegang cawan besar dengan tempat letak tangan O-ring agar anda boleh menikmati minuman dan keselesaan sebuah kerusi aktiviti luaran.

Apabila anda melipat kerusi kanopi pelindung pepijat ke bawah dan menyimpannya, rekaan kanopi akan berubah menjadi sebuah beg membawa kerusi. Terdapat tali bahu bersepadu untuk mudah alih tangan yang bebas, jadi anda boleh mengangkutnya ke mana-mana sahaja.

Jaring pelindung boleh disorokkan di bahagian atas
Kanopi boleh dilipat & kerusi boleh disimpan

Mungkin selepas ini tiada lagi isu kawan-kawan anda yang takut masuk hutan atau berkhemah disebabkan alasan digigit pepijat, nyamuk atau serangga. Perkenalkan mereka dengan Kelsyus Original Canopy Chair dengan Bug Guard! Gear ini boleh didapati melalui Amazon dengan harga RM260 ($63).

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!