fbpx
LOADING

Type to search

Berita BP Rare BP

Jadi ‘monyet’ kalau buang sampah merata di Semporna, Sabah

MM January 9, 2019
Share

Sabah dan Pulau Sipadan adalah destinasi wajib bagi penggemar aktiviti selam skuba. Terdapat beberapa pulau yang berdekatan, pantai yang indah dan laut biru yang mempesonakan.

Semporna pula sebuah bandar di pantai timur Sabah. Dianggarkan mempunyai populasi penduduk sekitar 135 ribu.

Mungkin korang belum pernah sampai Semporna, namun ia sering dikunjungi pelancong lokal mahupun antarabangsa. Sabah semakin popular dengan kehadiran pelancong yang ‘dahagakan’ percutian air secara semula jadi. 

Foto: Siti Musliha

Semporna merupakan pintu masuk untuk aktiviti menyelam, snorkeling dan pengembaraan ke pulau-pulau terdekat seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Maiga serta lain-lain.

Demi mengekalkan imej Semporna yang digelar, “Home to the world-renowned diving haven of Sipadan”, pihak berkuasa di Sabah, atas arahan Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengambil pendekatan baru untuk ‘menghukum’ mereka yang membuang sampah merata-rata.


#TRIVIA 
-Semporna merupakan destinasi pilihan pelancong luar untuk menikmati aktiviti selam skuba bertaraf dunia setiap tahun 
-Menurut laporan Pusat Pelancongan Laut Semporna, jumlah pelancong setiap hari telah meningkat dari 700 hingga 800 orang sejak dua tahun lalu. Kini hampir cecah 2,000 pelancong mengunjungi Semporna

Foto: Media Warisan Semporna
Foto: Media Warisan Semporna

Pesalah yang membuang sampah dikenakan hukuman denda RM500 atau membuat kerja khidmat masyarakat di mana mereka perlu membersihkan kawasan tertentu selama satu jam sambil memakai jaket berlabel ‘monyet’. Bak kata pepatah lama, hanya monyet sahaja yang buang sampah merata-rata.

Penulis berpendapat, ‘hukuman’ tersebut dilihat sebagai percubaan yang realistik dan unik bagi menghentikan tabiat ‘pengotor’ dalam kalangan penduduk setempat dan segelintir pelancong. 

Hukuman sebegini patut diamalkan di semua peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) demi melestarikan alam sekitar. 

p/s: Sambil siapkan kisah ‘monyet’ di Semporna ini, penulis sempat layan lagu Andra and The Backbone, “Kau begitu sempurna, dimataku kau begitu indah, Kau membuat diri ku, akan selalu memujamu”

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!