Type to search

Antarabangsa Berita BP Insider BP

KK Resort City Bakal Menjadi Destinasi Percutian Bertaraf Dunia Di Sabah!

Share
  • Lok Kawi adalah sebuah pekan dalam daerah Putatan di Bahagian Pantai Barat Sabah.
  • Lok Kawi terletak di sekitar sempadan daerah Penampang dan Papar, hanya 15 kilometer di selatan ibu negeri, Kota Kinabalu.
  • Asalnya hanya sebuah perkampungan kecil, Lok Kawi kini mempunyai tarikan pelancong seperti Lok Kawi Wildlife Park, Kuil Hindu Sri Subramaniar & terbaru, KK Resort City.

Buat pengetahuan korang, negeri Sabah telah berjaya menarik lebih daripada 3.88 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2018. Syabas Sabah Tourism Board!

Sabah cukup sinonim dan terkenal dengan khazanah alam semula jadi yang sering menjadi faktor utama pelancong luar mengunjungi Sabah antaranya pulau-pulau yang indah, pelbagai kehidupan laut, flora dan fauna serta Gunung Kinabalu yang ikonik dan megah serta serta kepelbagaian budaya yang menarik. 

Lok Kawi Wildlife Park, Putatan, Sabah

Memandangkan peningkatan ketibaan pelancong luar yang semakin mendekati Negeri Di Bawah Bayu ini, Sabah bakal memiliki KK Resort City iaitu pusat pelancongan berskala mega dilengkapi pelbagai kemudahan seperti hotel mewah, pusat beli-belah dan pusat sosial serta rekreasi bernilai kira-kira RM5 bilion yang akan dibina di Lok Kawi. Wow!

Dengan kewujudan KK Resort City ini bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup serta ekonomi penduduk setempat menerusi sektor pelancongan.

Shafie menanam pokok untuk menandakan pertumbuhan KK Resort City sambil diperhatikan oleh Henry & yang lain

“Sabah menerima lebih tiga juta ketibaan pelancong setiap tahun dan itu membuktikan terdapat keperluan untuk menyediakan kemudahan mencukupi bagi menampung jumlah itu” – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Pemandangan Gunung Kinabalu yang ikonik & megah
Pom Pom Island, Sabah

Terdapat kawasan pelancongan yang tidak dapat menampung ketibaan pelancong yang ramai dalam satu masa. Jika pelancong datang serentak, pasaran tidak dapat menyediakan kemudahan diperlukan pelancong kerana Sabah bukan sahaja dilawati pelancong dari China, malah juga dari Eropah dan dalam negara.

KK Resort City bakal menjadi destinasi percutian bertaraf dunia apabila siap dibina dalam anggaran tiga hingga empat tahun dengan keluasan 325 ekar, dan terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Korang bayangkan percutian yang menyeronokkan di kawasan pesisir pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di penginapan mewah serta eksklusif di KK Resort City.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!