fbpx

Type to search

Berita BP Editor Pick Insider BP Isu Travel

Kota Kinabalu Destinasi Terbaik Laksana Trem Pertama di Malaysia

Share
  • Trem merupakan sejenis kenderaan yang bergerak di laluan berasingan menggunakan tenaga elektrik di atas landasan seperti rel kereta api
  • Kebiasaannya, trem banyak digunakan di kawasan pusat bandar, jalan-jalan utama atau kawasan tumpuan pelancong
  • Pembangunan trem di bandar pesat merupakan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas

Kalau korang kaki travel dan pernah sampai ke Hong Kong, Japan, Australia, serta kebanyakan negara Eropah, pasti korang dah biasa melihat ‘kereta api jalan elektrik’ yang terdapat di atas jalan raya.

Ala macam dalam babak filem Defending Your Life (1991), si Daniel baru sedar dia naik salah trem kembali ke bumi, dan Julia pula duduk di trem yang berbeza.

Babak yang menampilkan "Destination Tram" dalam filem Defending Your Life
Tram in Helsinki, Finland
Green Mover Max, a Hiroden tram car in Hiroshima.

Trem merupakan salah satu pengangkutan awam yang dibangunkan di negara-negara maju dan kemungkinan Malaysia juga bakal memiliki sistem perkhidmatan trem ini. Setakat ini konsep trem yang pernah digunakan di Malaysia yang kami tahu adalah trem beroda Bukit Melawati – itu pun menggunakan roda dan jentera berat.

Buat pengetahuan korang, gerabak mini bawa pelancong dekat Bukit Bendera itu pun bukan trem, ia dipanggil kereta api funikular – ditarik dengan kabel keluli guna elektrik dengan kuasa 500 volt.

Jika dulu, ‘khabar angin’ mengatakan sistem perkhidmatan trem yang pertama di Malaysia bakal diwujudkan sejauh 53 kilometer di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Memang bagus cadangan tersebut, sekali gus mengubah status pengangkutan awam negara standing negara maju.

Trem beroda di Bukit Melawati disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. (Kredit Libur)
Kereta api funikular di Bukit Bendera, Penang

Bagaimanapun, pembinaan tersebut perlu difikirkan sewajarnya dan orang ramai terbuka memberikan pendapat. Menurut pandangan peribadi Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah, sebenarnya bandar raya Kota Kinabalu merupakan destinasi terbaik perlaksanaan perkhidmatan trem pertama di Malaysia.

Ini kerana bandar raya Kota Kinabalu merupakan kawasan strategik dan pusat pelancongan bertaraf dunia serta pesat membangun sejak 15 tahun dahulu. Kedudukan geografi Kota Kinabalu yang hampir dengan laut di samping banyak tawaran hotel bertaraf 5 bintang menambahkan lagi seri bandar raya tersebut. Tambah pula, terdapat perancangan untuk membina hotel dan taman tema pelancongan bertaraf 6 bintang iaitu KK Resort City.

Terbaru, syarikat penerbangan tambah murah Korea Selatan, Air Busan telah memulakan penerbangan terus ke Kota Kinabalu bermula Mei ini – terbang dari bandar Daegu dan Busan.

YB Datuk Christina Liew (Tengah) menyampaikan memento kepada Jung Sang Bong (Kiri ke-3), Pengurus Cawangan Air Busan

Sedikit sebanyak sektor pelancongan di Sabah telah berkembang dan perancangan membuahkan hasil. Berdasarkan rekod Sabah Tourism Malaysia, seramai 3.8 juta orang telah melancong ke Sabah pada tahun 2018 dan daripada jumlah tersebut seramai 1.3 juta merupakan pelancong dari luar negara. Statistik ini menunjukkan Sabah sebagai salah sebuah destinasi pelancongan unggul di Malaysia dan digemari oleh pelancong luar.

Oleh itu, trem dilihat sebagai satu model pengangkutan kereta api yang ringan, bersifat santai, kos efisien dan berkait rapat dengan eko-pelancongan. Reka bentuk trem adalah berbeza-beza mengikut kehendak dan cita rasa sesebuah bandar.

Travel-mural on Angs Hotel in Kota Kinabalu city
Kota Kinabalu city during night. (Credit Amazing Borneo Tours)

Jika kawasan itu menjadi tumpuan pelancong dan sinonim dengan persekitaran pelancongan seperti bandar raya Kota Kinabalu, ia satu kelebihan! Perancangan untuk membina laluan trem ini memerlukan kajian terperinci agar kelangsungan perkhidmatan trem dapat diteruskan pada masa akan datang, malah menjadi pilihan pelancong semasa bercuti.

Kesimpulannya, Kota Kinabalu mempunyai kekuatan tersendiri sama ada jumlah pelancong yang hadir, kedudukan geografi yang strategik serta tarikan pelancongan sedia ada. Buli bah kalau kau!


Sumber: Astro Awani
*Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah merupakan Penyelidik Utama, Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICoE-Rel), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!