LOADING

Type to search

Itinerari BP

Kundasang, A Little Switzerland di Sabah

backpackerz July 4, 2018
Share

Kundasang seringkali digelar Switzerland of Sabah dikalangan penduduk tempatan mahupun luar kerana pemandangan dan cuacanya persis di Switzerland, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, padang ragut yang segar serta lembu-lembu tenusu.

BERCUTI DI KAWASAN SEJUK

10-Pemandangan di sekitar DESA

Tidak hairanlah tempat ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik pelawat asing dan juga penduduk tempatan yang ingin bercuti di kawasan yang sejuk.

Kundasang merupakan salah satu pekan di Daerah Ranau yang terletak kira-kira 100 KM dari Kota Kinabalu dan majoriti penduduk di sini adalah berbangsa Dusun yang beragama Kristian atau Islam. Sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawat di sepanjang perjalanan. Tapi kali ni mari kita bercerita lebih tentang Kundasang.

SYURGA SAYUR & BUAH-BUAHAN

Kundasang ialah pekan yang paling dekat dengan Gunung Kinabalu dan amat terkenal dengan tanaman pelbagai jenis sayur-sayuran. Sehinggakan dalam lirik lagu tempatan yang terkenal, Sayang Kinabalu oleh Kimin Mudin, dinyanyikan “Kinabalu dekat di Kundasang, banyak sayur bulih pilih-pilih”. Justeru ramai orang berdekatan daerah Ranau malah sejauh Kota Kinabalu akan datang ke Kundasang untuk memborong sayur-sayuran yang segar. Pesta Kubis juga diadakan setiap tahun di pekan ini sebagai salah satu langkah untuk mempromosi Kundasang sebagai destinasi agro-pelancongan di Malaysia. Jadi jika timing nya ngam, sempatlah kita melihat pelbagai aktiviti menarik sepanjang pesta tersebut.

Ok selesai pengenalan, marilah saya berkongsi pengalaman trip saya dan sahabat ke Kundasang!

Trip kali ini disertai oleh dua sahabat yang melawat dari Poland dan Korea Selatan. Sebenarnya saya sudah banyak kali datang ke Kundasang tapi setiap kali saya datang pasti ada perubahan dan destinasi menarik yang boleh dilawat. Jadi Kundasang tentunya tidak pernah membosankan dan merupakan tempat yang sesuai untuk weekend escapade, lari dari hiruk-pikuk bandar serta menikmati pemandangan cantik dan persekitaran yang menyegarkan.

2-Pasar Sayur Kundasang
1-3-Sekawan-Polish-Malaysian-Korean-everglow

1st TRIP KUNDASANG

Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa sekitar dua jam sehingga dua jam setengah bergantung kepada keadaan. Jika banyak singgah, maka makin lama tempoh perjalanannya. Memandangkan ini lawatan kali pertama buat sahabat saya, maka banyaklah kami stop di sepanjang perjalananan termasuk Rumah Terbalik Tamparuli, Pekan Nabalu, Strawberry Farm dan Kinabalu Park.

Sampai saja di Kundasang kami check-in di Dream World Resort, Mesilau. Pemandangannya di sini sangat cantik dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Resort ni sebenarnya agak dekat dengan DESA Dairy Cattle Farm, kalau rajin boleh sahaja jalan kaki sambil explore kawasan berdekatan. Pekan Kundasang biasanya agak lengang selepas jam 6 petang. Jadi disarankan belilah snack dan jajan terlebih dahulu sebagai santapan semasa lepak bercerita di waktu malam yang sejuk sambil ditemani bunyi unggas malam.

RASAI ANGIN GUNUNG KINABALU

Keesokan harinya kami bangun seawal 6.30 pagi untuk bersarapan dan menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Biasanya Gunung Kinabalu jelas kelihatan pada waktu pagi, selepas itu, ia akan dilitupi dengan awan tebal. Jadi disarankan bangunlah awal nanti rugi pula.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan Mesilau ni ialah Quad Biking, jadi bolehlah sewa Quad Bike untuk melawat DESA Dairy Cattle Farm serta Kampung Mesilau. Tapi kali ni kami drive sendiri so tak jadilah try Quad Bike tu.

6-Pemandang di sekitar DESA

First, kami turun ke Pekan Kundasang untuk mencari makan. Kalau datang ke Kundasang, korang perlu ‘perkena’ kepak ayam panggang bersoskan cicah kicap pedas. Selesai makan kami terus melawat Pasar Sayur, World War II Memorial dan mengambil gambar di dinding lukisan grafiti menarik. 

DESA DAIRY CATTYLE FARM, MOOO – Buka 3 petang hingga 5 petang

Jam menunjukkan pukul 1 petang, maka kami teruskan perjalanan menuju DESA Dairy Cattle Farm yang kira-kira 10 minit drive dari pekan Kundasang. Bila sampai di pintu gerbang kita harus membeli tiket masuk iaitu RM5 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Kita boleh melihat sekumpulan lembu tenusu di kawasan padang ragut yang menghijau. Sememangnya seperti di Switzerland! Pertama sekali kami pergi berbaris untuk membeli gelato dan susu lembu yang popular. Terdapat susu perisa asli, coklat dan yang terkini susu perisa kopi.

Apa lagi boleh buat di sini? Di bangunan bersebelahan kilang pemprosesan, terdapat satu kawasan petting anak lembu dan anak kambing. Pelawat bolehlah membeli rumput dan susu botol untuk diberikan kepada anak-anak lembu dan kambing. Bila masuk jam 3 petang, maka sesi pemerahan susu bermula, kita boleh melihat daripada observation platform cara susu lembu diperah. Ia merupakan satu sesi yang educational dan menarik buat pelawat dan kanak-kanak.

Kami pun terus menginap di sini sehinggalah waktu operasi tamat. Sememangnya Kundasang merupakan destinasi yang wajib untuk dikunjungi bila datang ke Sabah! #BolehBahKalauKau!

11-Mural di Pekan Kundasang

Cadangan Itinerari:

Hari Pertama: Kota Kinabalu ke Kundasang

  • Rumah Terbalik (Upside Down House) Tamparuli
  • Jambatan Gantung Tamparuli
  • Pekan Nabalu
  • Kinabalu Park
  • Strawberry Farm
  • Rafflesia blooming (ikut musim)

Hari Kedua: Kundasang

  • World War II Memorial
  • DESA Cattle Dairy Farm
  • Pasar Sayur Kundasang
  • Tagal Spa Ikan (Kg.Luanti)

Hari Ketiga: Ranau

  • Pekan Ranau
  • Arnab Village
  • Sabah Tea Plantation
  • Poring Hotspring
  • Paragliding di Stadium Sukan Ranau
Scroll Up
error: Content is protected !!