fbpx

Type to search

DekatJe Editor Pick Itinerari BP Travelog BP

Laut Biru, Sate Payau & Pantai Terbaik. 5 Itinerari ringkas ini korang boleh ‘follow’ di Labuan! #DekatJe

Share
  • Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1984
  • Labuan dikelilingi enam pulau kecil & dipadatkan dengan 27 buah kampung
  • Sejak kejatuhan industri minyak & gas, Labuan semakin sepi daripada tumpuan pengunjung & pelancong

Labuan, tidak pernah terlintas difikiran aku sebagai lokasi percutian yang ingin dikunjungi. Kata-kata itu aku luahkan sebelum diri ini cukup mengenali serta mendekati Wilayah Persekutuan Labuan.

Biasalah orang dulu cakap, tak kenal maka tak cinta, dah kenal pasti jatuh hati buat selamanya. 

Crystal blue water in Rusukan Besar Island

Labuan, pernah suatu ketika dahulu terkenal dengan sejarahnya, dan sisi yang sedih untuk dikongsikan adalah pulau yang diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan ini kurang dikenali, malah sering ‘dipinggirkan’ berbanding Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sudah tentu, apa yang BackPackerz kongsikan mengenai tarikan di Labuan adalah berbeza daripada kacamata seorang pengembara sedia ada. Jom layan 5 itinerari ringkas yang boleh korang layan di sini. 

Terima kasih atas peluang yang diberikan oleh Perbadanan Labuan yang sudi mengundang BackPackerz dan media lain untuk ‘membongkar’ itinerari serta aktiviti yang boleh dilakukan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Peta & kedudukan Wilayah Persekutuan Labuan

#1 – Labuan International Golf Club

Mungkin korang ingat orang yang main golf je boleh datang sini kan, tapi sebenarnya tidak. Walaupun tak minat hayun bola golf,  tapi aku cukup puas dibawa mengelilingi satu kawasan padang golf yang meliputi kawasan lebih 88 hektar dengan menaiki kereta buggy. 

Sambil pukul bola golf, korang boleh layan keindahan panorama Kampung Sungai Miri dalam suasana matahari terbenam. Pacak tripod dan buat time-lapse. Antara kemudahan yang disediakan termasuk lapangan golf berteknologi tinggi, kedai profesional yang menawarkan servis seperti set golf (disewa), bola golf baharu atau terpakai, kasut dan pakaian golf.

Labuan International Golf Club tersenarai untuk Padang Golf Baharu Terbaik di Malaysia pada tahun 2013. Pelancong sekitar Borneo pun datang main golf dekat sini tau.

Website – Labuan International Golf Course 

Golf is like a love affair
Labuan International Golf Club
Labuan International Golf Club

#2 – Pulau Rusukan Besar & Kecil

Labuan mempunyai pulau-pulau kecil yang masih tersembunyi daripada tumpuan pelancong di Semenanjung Malaysia. Antara pulau yang popular untuk aktiviti air atau island hopping adalah Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil, Pulau Kuraman, Pulau Daat, Pulau Papan dan Pulau Burong.

Untuk menuju ke Pulau Rusukan Besar, korang boleh naik jeti di Marina Labuan. Perjalanan bot  mengambil masa 30 minit dengan bot laju. Sepanjang trip tu, korang standby kamera untuk rakam pemandangan struktur pelantar minyak, kapal tunda serta pelantar usang yang ditinggalkan.

Sampai sahaja di jeti Pulau Rusukan Besar, korang akan tergamam seketika. Persekitaran pantai yang jernih, air laut membiru bak kristal dan kehijauan warna lumut, memang benar-benar menusuk di tulang rusuk ku! 

Pengunjung ke Pulau Rusukan Besar perlu membayar caj kepada Jabatan Taman Laut Negara. Malaysia RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak) manakala pelancong asing RM30 (dewasa) dan Rm15 (kanak-kanak.

Aktiviti – Menyelam, free diving, berjemur, berenang, bola tampar, berkayak, snorkeling dan island hopping

Pulau Rusukan Besar
Local people

#3 – Chalet Pink & Jungle trekking

Pulau Rusukan Besar terdapat satu-satunya chalet yang beroperasi iaitu Chalet Emma Glorious Travel dengan rekaan chalet dan bilik merah jambu. Pantainya dipenuhi dengan deretan pokok kelapa yang merentasi pulau seluas 27 ekar dan kalau korang nak tahu, Pulau Rusukan Besar ini sebenarnya dimiliki secara persendirian (private island).

Ambil peluang untuk trekking sekitar pantai dan hutan mini di sini. Satu jam juga tempoh untuk korang tawan Pulau Rusukan Besar ni. Kedudukan pulau juga berada berhampiran dengan empat lokasi kapal karam yang jadi port kaki selam.

Paling best, kalau korang dapat tengok kehadiran Black tip shark yang jarang ditemui di pulau lain. Itu tarikan yang agak unik tapi selamat untuk korang kerana kemunculan ikan tersebut mengikut musim.

Jungle & beach trekking
Simple but comfortable chalet
Pink chalet

#4 – Pantai Layang-Layangan masih terbayang

Destinasi seterusnya merupakan lokasi yang tersenarai dalam 101 Pantai Terbaik Asia iaitu Pantai Layang-Layangan. Pengiktirafan berkenaan diterima daripada United Nations Environment Programme (UNEP) pada tahun 2008 disebabkan kebersihan pantainya yang bebas daripada pencemaran.

Masyarakat setempat turut menjaga kebersihan pantai demi mengekalkan keaslian panorama dan persekitaran di Pantai Layang-Layangan. Lokasi ini sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga sebab korang boleh berkelah, beriadah, bersenam dan lepak layan sunset.

Pantai Layang-Layangan tersenarai antara 101 Pantai Terbaik di Asia
Silhouette effect during sunset view at Pantai Layang-Layangan

#5 – Sate Payau & Air Kelapa segar

Tak sah kalau korang datang ke Pantai Layang-Layangan tapi tak perkena sajian utama yang popular di sini. Berhampiran pantai tersebut terdapat gerai makanan yang menghidangkan sate rusa yang dikenali sebagai sate payau dalam kalangan masyarakat tempatan.

Menu yang wajib korang cuba adalah sate payau, kepak ayam madu bakar, air kelapa dan ais batu campur. Selain itu, kehadiran sekumpulan kucing jalanan turut menambah keriangan suasana di suatu petang yang hening di Pantai Layang-Layangan.

Sate Payau - the best in Labuan
Air kelapa segar

TRIVIA – Siapa minat sejarah? BackPackerz nak cadang satu lokasi bersejarah iaitu monumen yang dikenali sebagai Chimney. Ia adalah salah satu mercu tanda sejarah yang terkenal dan unik di Wilayah Persekutuan Labuan.

Menara bata merah ini lebih dikenali sebagai "Punil", dipercayai dibina pada awal tahun 1990 di Kubong, Labuan
Foto oleh – Mueastt 
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!