fbpx

Type to search

Antarabangsa Featured Insider BP Travel

Jepun Perkenalkan Kereta Api Ekspres Baharu ‘Laview’, Menawarkan Panorama Indah Sepanjang Perjalanan

Share

SEIBU RAILWAY Company Ltd adalah satu konglomerat atau gabungan beberapa syarikat yang berpusat di Tokorazwa, Saitama, Jepun yang kebanyakannya terlibat dalam pengangkutan, perniagaan bandar di sepanjang landasan kereta api dan industri pelancongan seperti hotel serta perniagaan hartanah.


Baru-baru ini, Seibu Railway Co Ltd telah memperkenalkan kereta api ekspres terhadnya yang terbaharu, digelar ‘Laview Train‘. Ia direka oleh arkitek terkenal dunia iaitu Kazuyo Sejima, pemenang anugerah berprestij, Pritzker Prize. ย 

Kereta Api Ekspres Terhad, Laview (Sumber: Kyodo News)

Kereta api Seibu terus mengorak langkah maju dengan membuat inovasi, termasuk ‘Seibu Traveling Restaurant‘ dan kereta komuter ‘40000 Series’ dilengkapi dengan ‘Partner Zon‘ demi keselesaan penumpang khususnya kanak-kanak kecil dan mereka yang menggunakan strollers atau kerusi roda.

Selain itu, reka bentuk ‘Laview’ dibangunkan untuk penumpang menikmati pengembaraan mereka di dalam kereta api ekspres ini. Rekaan ‘Laview’ banyak digabungkan dengan unsur semula jadi dan landskap bandar.

Seibu Traveling Restaurant with the view
Penumpang boleh nikmati pemandangan sepanjang perjalanan
"Barrier-free" - easy to strollers or wheelchair access

Ciri paling menarik yang ‘tidak pernah dilihat pada kereta api’ (Laview) adalah hujung gerabak depan berbentuk bulat manakala kacanya diperbuat daripada tiga dimensi kaca melengkung dengan jejari melengkung sekitar 1,500mm.

Tingkap kabin penumpang turut dilengkapi dengan panel tingkap besar, membolehkan para penumpang ‘Laview’ menikmati panorama yang berlalu sepanjang perjalanan. Antara pemandangan yang mengujakan adalah Moomin Valley Park dan bunga mekar merah jambu di kawasan Chichibu (bergantung ikut musim).

Bentuk hadapan 'Laview Train'
Seibu Laview Train - enjoy scenery view thru the cabin

Sentuh mengenai rekaan luar pula, kereta api ‘Laview’ diwarnakan dengan cat aluminium baharu untuk menggabungkan elemen dalam landskap di bandar dan alam semula jadi, manakala warna dalaman adalah berdasarkan gabungan warna kuning cerah bagi mewujudkan suasana ruang kabin yang lembut.

Setiap tempat duduk ala-ala sofa berwarna kuning dilengkapi dengan kuasa elektrik untuk mengecas telefon bimbit dan komputer riba. Ia juga dilengkapi dengan ruang kepala rehat dan meja tangan yang boleh dilaras. Bagi kemudahan group travelers, kerusi penumpang boleh dipusing mengadap satu sama lain. Konon-konon macam group discussion.

Enjoy your ride with stunning view
Kerusi penumpang boleh pusing bagi memudahkan pelancong berkumpulan
Kereta api 'Laview' diwarnakan dengan cat aluminium baharu

Paling seronok, ‘SEIBU Wi-Fi Percuma‘ di setiap gerabak dan kereta api ini juga dilengkapi skrin video yang memaparkan maklumat dalam bahasa Jepun, Inggeris, Korea dan Mandarin.

Operasi Seibu Railway tertumpu di kawasan barat laut Tokyo dan Wilayah Saitama. Kalau geng BackPackerz nak try naik ‘Laview train’, korang boleh pergi ke Stesen Ikebukuro Tokyo dan Stesen Seibu Chichibu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.seiburailway.jp.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!