Type to search

Editor Pick Itinerari BP Travel

Lelaki Ini ‘Travel Solo’ 10 Hari ke Tiga Negara Asia Bermula Dari Chiang Rai, Thailand – Itinerari & Bajet Bawah RM 2000!

Share
  • “The Solo BackPacker” oleh Azreen Yunus, seorang yang gemar mendaki gunung & kini memberanikan diri untuk mengembara secara solo ke Asia Tenggara
  • Azreen Yunus berjaya menakluk 10 gunung di Indonesia & 50 gunung di Malaysia dalam masa 4 tahun pada tahun 2018
  • Overland travel merujuk kepada pengembaraan yang dilakukan tanpa menggunakan pengangkutan udara, hanya pengangkutan darat atau laut

Plan asal pengembaraan solo aku adalah Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja dalam masa 10 hari. Aku akan mula cerita dari awal perjalanan hingga ke hujung pengembaraan.

Tapi ada ‘kisah tersirat’ kenapa aku terpaksa tarik keluar Vietnam daripada perancangan awal pengembaraan aku ke negara-negara di Asia Tenggara ini. Stay tuned sampai siri 3…

The people and the culture of Southeast Asia is magnificent

Hari pertama, 31 Januari 2019, penerbangan aku dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) menghala ke Chiang Rai. Mujur AirAsia telah melancarkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Chiang Rai, hab ketujuh dan terbaru di Thailand pada 19 Disember lalu. #NowEveryoneCanFly

Sebab apa aku pilih departure dekat Chiang Rai International Airport adalah lebih dekat dengan sempadan Thailand dan juga Laos. Aku cuma ada tiga hari sahaja masa di sini.

Matlamat utama aku ke Chiang Rai tidak lain tidak bukan adalah melawati tempat-tempat menarik tarikan pelancong seperti Wat Rong Khun (White Temple), Wat Rong Seur Ten (Blue Temple) dan Chiang Rai’s Big Buddha Statue (Wat Huay Pla Kang).

Monumental, modern Buddhist temple distinguished by its vivid blue coloring & elaborate carvings - Blue Temple
Temple complex featuring a 9-floor pagoda with 12 surrounding structures & a giant Buddha statue - Wat Huay Pla Kang

Sedikit info untuk pengikut BackPackerz, untuk masuk ke Blue Temple adalah percuma, manakala White Temple 50 Baht dan Wat Huay Pla Kang ialah 40 Baht (kalau nak naik rooftop), kalau dibawah sahaja adalah percuma. 


Wat Rong Khun, perhaps better known as the White Temple, is a contemporary, unconventional, privately-owned art exhibit in the style of a Buddhist temple in Chiang Rai Province

Tempat tinggal aku di Chiang Rai ialah Nong Neng Len. Bagi aku, lokasi hostel ini cukup strategik diantara kuil-kuil tarikan yang aku ingin kunjungi. Cuma 10 minit dari penginapan aku. Not bad!

Harga menginap di Nong Neng Len Hostel juga cukup berpatutan. Kira boleh lah, satu malam hanya RM25. Secara keseluruhannya, hostel aku di Chiang Rai ini memang best gila sebab ada hiburan tersendiri yang mungkin tak dapat dekat penginapan lain. 

Lebih menerujakan lagi, pada malam jumaat, pengunjung akan dihiburkan dengan aktiviti Live Band, lepak di ‘warung’ kopi dan tempat lepak (kalau nak lepak baca buku).

Nong Neng Len hostel & cafe in Chiang Rai
Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan Live Band di sini, bukan Masdo ye

Ramai geng BackPackers tinggal dekat sini sebab pengalaman unik dan harga murah serta dekat dengan night market. Cuma nasihat aku, kalau boleh tempah penginapan mengunakan booking.com kerana proses lebih mudah, lokasi boleh dipercayai dan boleh batal secara percuma dalam satu hari.

Bagi yang amalkan ‘walk ini’, ada risiko sebab kadang-kadang penginapan cepat penuh. Tips lain, cari lokasi hostel atau penginapan di tengah bandar dan guna wifi di kedai kopi untuk akses internet.

Ada bajet lebih, beli je local sim card, terutama yang mengembara secara solo. Bak kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik.

Chiang Rai night bazaar guys! Opens at 6 pm

Menyentuh mengenai makanan halal di Chiang Rai, kebiasaannya kedai atau warung halal boleh jumpa sekitar masjid disini. Aku sempat berkunjung ke Masjid Darunaman, cuma lima minit berjalan kaki dari hostel aku.

Memang sekitar masjid ini mudah untuk korang jumpa pelbagai masakan dan juadah ala-ala di Malaysia, antaranya nasi ayam dan pisang goreng. Jadilah untuk isi perut yang kelaparan ni.

Darun Aman Mosque or Ban Haw Mosque, is the biggest mosque in Chiang Rai Province

Hari ketiga, aku harus bergerak dari Chiang Rai ke Bokeo, Laos. Untuk pengetahuan korang, ada dua cara masuk ke sempadan Laos dari Chiang Rai iaitu naik bas atau bot.

Cuma masa lebih singkat tiga jam jika menggunakan bas, manakala bot pula lebih sehari perjalanan. Tepuk dada tanya selera ye! 

Kisah pengembaraan “The Solo Backpacker” ini akan bersambung ke edisi penjelajahan seterusnya iaitu Laos dan Kemboja. To be continued

Chiang Rai Bus Terminal 1

“The Solo Backpacker, I never imagined I would able to do travel solo in three countries such as Thailand, Laos and Cambodia within 10 days and 1737 kilometer via overland” – Azreen Yunus


Chiang Rai has two bus stations, a new one outside the city, Bus Terminal 2, and the old one in the centre, Bus Terminal 1
  • Sewa motor perlu letak passport sebagai “guarantee” dalam tiga buah negara ini, cuma di Thailand sahaja sewa motor dalam 250 Bath (sehari)
  • Sebagai langkah bijak, korang buat salinan passport kalau risau hilang semasa sewa atau kembara dari satu tempat ke tempat lain
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!