fbpx
LOADING

Type to search

Antarabangsa Berita BP

Letupan Bom Gegar Wilayah Selatan Thailand, Rakyat Malaysia dinasihatkan lebih berhati-hati!

Mueastt March 14, 2019
Share

Sekurang-kurangnya 10 letupan menggegarkan beberapa tempat di wilayah Phatthalung dan Satun di selatan Thailand pada Sabtu dan Ahad lalu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Insiden tersebut hanya mengakibatkan kerosakan kepada beberapa bangunan dan kenderaan sahaja.

Oleh itu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang mengunjungi Thailand atau tinggal di negara itu agar lebih berhati-hati serta berwaspada sepanjang masa susulan siri letupan di selatan Thailand.

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla turut mengesahkan insiden letupan di beberapa lokasi di Thailand iaitu empat di Satun serta enam di Phatthalung.


“Rakyat Malaysia yang bercadang mengunjungi atau tinggal di Thailand digalakkan mendaftarkan diri di Kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral di Songkla. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi e-mel atau faks”


Selain itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh rujuk Kedutaan Malaysia di Bangkok di 33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn Bangkok 10120 atau menghubungi talian +66-2-629 6800 / +666-87-028 4659 (selepas waktu pejabat), faks +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270 atau e-mel ke [email protected]

Map of the southern provinces of Thailand
Phatthalung owns the beautiful natural reserve – Talay Noi

Pada masa yang sama, pihak berkuasa keselamatan Thailand menolak kemungkinan siri pengeboman di wilayah Satun dan Phatthalung di Selatan Thailand pada hari Sabtu dan Ahad lepas bermotifkan politik.

Mungkin kalau korang nak bercuti di Thailand, BackPackerz nak pesan rancanglah perjalanan ke destinasi yang lebih selamat, bebas daripada ancaman jenayah atau paling selamat, bercuti dalam Malaysia sahaja.

Sumber: Bernama & Astro Awani
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!