LOADING

Type to search

Insider BP

Pengalaman “Live & Lepak” bersama Airbnb

MM December 4, 2018
Share
  • Trend percutian berasaskan pengalaman yang ditawarkan Airbnb semakin diminati oleh pengunjung tempatan – menghayati semula keindahan tanah airku, Malaysia
  • Kempen “Live and Lepak” Airbnb bertujuan untuk menggalakkan penduduk tempatan untuk berehat sambil mencari manfaat daripada minat mereka, lalu memeriahkan lagi komuniti kreatif Malaysia yang sedia aktif serta pesat mengembang
  • Rakyat Malaysia kini boleh “Live and Lepak” sambil menjana pendapatan melalui minat mereka dengan Airbnb

“Jangan lepak! Pergi belajar!” ialah satu ungkapan yang tidak asing di telinga kita, apabila ibu bapa kerap kali menggesa agar kita memanfaatkan masa kita dengan “lebih baik”.

Kini, pengalaman Airbnb mencipta peluang ekonomi baharu dengan membolehkan orang ramai memanfaatkan hobi mereka dan menjana pendapatan daripadanya.

Sekali lagi, terima kasih atas undangan kepada BackPackerz untuk merasai pengalaman acara #LiveandLepakAirbnb pada 27 November lalu, semuanya di bawah satu bumbung di Nouri Glass Villa, Hulu Langat, Selangor.

Airbnb, syarikat hospitaliti yang didorong oleh komuniti yang terkemuka di dunia, menggalakkan warga Malaysia untuk “Live and Lepak”, semuanya di tanah air mereka sendiri menerusi aktiviti seperti mencipta dan mencanting corak batik, hinggalah menguji keberanian menakik turun air terjun di Janda Baik melalui 120 Pengalaman Airbnb yang terdapat di Malaysia.

Malaysia bukan sahaja merupakan destinasi global yang popular dengan pertumbuhan 99% dari tahun ke tahun, menjadikannya pasaran Airbnb paling pesat berkembang di Asia Tenggara. 


Saban hari, pelancongan domestik Malaysia semakin meningkat, sekali gus membuktikan bahawa terdapat banyak tarikan lokal untuk diterokai di sini, tidak kira sama ada anda seorang pengembara antarabangsa mahupun warga tempatan.

Pengalaman Airbnb kembali menjadikan perjalanan percutian sesuatu yang mempesonakan, baik untuk pengembara solo yang kental dan berani, mahupun ibu-ibu yang memikirkan keseronokan seisi keluarga. Pengalaman membawa pelancong untuk menyelami komuniti tempatan di seluruh dunia dengan menawarkan aktiviti luar biasa yang diatur adalah sesuatu trend percutian baharu yang perlu geng BackPackerz cuba! 

Fuad, hos pengalaman Airbnb Keajaiban Kampung Baru, berkata “Saya dapat membantu para pelancong meneroka dalam cara yang asli dan menyelami diri mereka dalam kawasan dan budaya tempatan.

Setiap tempat mempunyai banyak kisahnya, dan anda hanya akan mengetahuinya jika anda mengenali warga tempatan. Sebagai contoh, saya suka berkongsi bagaimana jalan-jalan di Kampung Baru sebenarnya dinamakan bersempena penduduk setempat yang menyumbang kepada kesejahteraan penduduk kampung. ” Dia mengenakan bayaran RM96 untuk setiap sesi.


Berikut ialah beberapa pengalaman Airbnb yang bertujuan untuk menjadi inspirasi kepada penduduk setempat yang sedang merancang aktiviti untuk dilakukan pada hujung minggu, atau mempertimbangkan untuk menjadi hos Airbnb Pengalaman sendiri. Pengalaman Airbnb juga dikategorikan berdasarkan minat,

  • Makanan & Minuman – Persatuan Pencinta Makanan, Bersiar-siar Senja: Speakeasy + Chinatown, Belajar Memasak Makanan Malaysia yang Sihat
  • Seni Reka & Bentuk – Terokai Keindahan Batik Malaysia, Pengenalan kepada Gemologi, Mengadakan Majlis Minum Teh di Rumah Vintaj Tersembunyi, Cerita Hantu Menyeramkan di bawah pokok
  • Alam Sekitar & Aktiviti Luar – Lawatan Sehari Kembara Air Terjun + Batu Caves, Menakik Turun Air Terjun di Janda Baik, Lawatan Kampung Bahru yang Mempesonakan
  • Impak Sosial – Bengkel Tarian Tradisional Melayu, Kenali Komuniti Pekak Malaysia
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!