Type to search

Insider BP

LOKASI DI KAWASAN TIMUR TENGAH INI WAJIB ANDA LAWATI

Share

Apa yang kami listkan ini memang destinasi Timur Tengah yang paling top yang harus ada dalam travel wishlist untuk sampai ke sini satu hari nanti.

5 Lokasi Timur Tengah Ni Mesti Kena Pergi Sekali Seumur Hidup

TMR1

Abu Dhabi, UAE

Abu Dhabi merupakan destinasi beli-belah dan inapan mewah yang terkenal buat pelancong di seluruh dunia. Bandar yang sentiasa hidup selama 24 jam sehari ini menawarkan tarikan sukan air, taman tema, seni bina tradisional yang mengkagumkan dan tarikan moden yang tidak boleh diperolehi di tempat lain.

Kebaikan – Cuaca panas yang ideal, kelab-kelab pantai terbaik dan sarat dengan aktiviti.
Keburukan – Cuaca musim panas yang melampau.
Secara Ringkas – Syurga buat pengembara backpackers yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia pengembaraan.

Tempat Yang Harus Dilawati

Emirates National Auto Museum – Muzium ini mempamerkan lebih 200 koleksi kereta yang unik dan mewah yang merupakan koleksi yang dijadikan barang pameran. Muzium ini dimiliki oleh H.H. Sheikh Hamad Bin Hamdan Al Nahyan yang digelar sebagai ‘Sheikh Pelangi’ kerana menggunakan logo pelangi dalam perniagaan sampingannya.

Tarikan Lain – Sheikh Zayed Grand Mosque, Corniche, Emirates Palace, Lulu Island dan Ice Rink.
Secara ringkas – Kebanyakan hotel di Abu Dhabi terkenal dengan tarikan inapan mewah, destinasi kulinari dan khidmat spa yang tebaik buat pelancong.

Beli-Belah

Mina Center – Gedung beli-belah pelbagai fungsi ini menawarkan suasana beli-belah berbentuk keluarga. Di sini, penggemar barangan elektronik bolehlah cuba untuk datang ke Costless Electronics yang terkenal di sini. Selain itu, terdapat banyak kemudahan ada disediakan seperti restoran, kedai kopi dan money exchange.
Tarikan Lain – Al Khalidyah Mall, AL Wehdah, Private Shop (gedung barangan gadget), King Star Textiles dan Mohammed Rasool Khoory & Sons (jam tangan mewah).

Pengangkutan

Di Dubai, perkhidmatan bas adalah yang terbaik, murah dan selamat. Namun, mendapatkan pengangkutan awam yang lain seperti teksi tidak menjadi masalah sama sekali jika anda bertandang ke sini.

TMR2

Marrakech, Morocco

Bandar yang riuh dengan kesibukan penduduknya, aroma yang menyenangkan, paduan bunyi gendang dan instrumen, persembahan jalanan yang meriah, Marrakech merupakan destinasi yang menggabungkan suasana tradisi Afrika dan Timur Tengah dengan daya tarikan yang eksotik .

Kebaikan – Suasana menakjubkan Jemaa el- Fnaa pada waktu malam dan akses ke tempat-tempat menarik dengan hanya berjalan kaki.
Keburukan – Sejuk melampau di waktu malam (bulan Januari) dan panas dan lembap di waktu siang pada musim panas.
Secara Ringkas – Antara bandar-bandar terbaik yang ada di Afrika.

Tempat Yang Harus Dilawati

Jemaa el-Fnaa – Dataran utama ini pastinya menjadi tumpuan utama bagi para backpackers. Ia juga merupakan tempat yang baik untuk memulakan penerokaan kerana anda harus membiasakan diri menerokai lorong-lorong kecil, jalan-jalan berliku hingga ke jalan utama.

Tarikan Lain – Majorelle Gardens, Souks, El Bahia Palace, Medina, Saadian Tombs dan Hamman Spa.
Secara ringkas – Terkenal dengan seni bina hotel yang mengkagumkan, mood di sini amat sesuai buat backpackers atau mereka yang ingin berbulan madu dalam suasana romantik sambil menghayati seni muzik, arkitektur dan budaya yang sarat dengan sejarah.

Beli-Belah

Marrakech terkenal dengan deretan kedai-kedai yang menjual variasi barangan seperti pakaian, produk tempatan, makanan, karpet, cenderahati, lampu, alatan muzik, lukisan, barangan seramik, minyak wangi, namakan sahaja anda pasti akan rambang mata jika berada syurga beli-belah ini.

Pengangkutan

Terdapat tujuh cara terbaik untuk meneroka ke seluruh pelusuk bandar iaitu dengan menaiki bas, teksi, kereta api, kereta, kereta berkuda, berjalan kaki dan berbasikal.

TMR3

Esfahan, Iran

Esfahan adalah karya teragung Iran, gerbang permata sejarah Parsi kuno dan salah satu daripada bandar-bandar terbaik dalam sejarah dunia peradaban Islam. Ia adalah tempat paling ideal menikmati budaya Parsi yang tak lapuk ditelan zaman. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati teh di sini sambil meneroka sejarah, seni bina, taman-taman dan bazar Esfahan yang lain dari yang lain.

Kebaikan – Penduduk dengan perasaan ingin tahu, bangunan-bangunan Islamik dan destinasi pelancongan yang mengkagumkan.
Keburukan – Kebanjiran pelawat dari luar sepanjang masa.
Secara Ringkas – Bandar paling unik di dunia yang harus dikunjungi.

Tempat Yang Harus Dilawati

Vank Cathedral – Vank bermaksud biara dalam bahasa Armenia. Dibina sekitar tahun dibina 1606-1664, ia merupakan gereja utama yang menjadi menjadi tempat pelarian melarikan diri ke Armenia Esfahan dari pembunuhan beramai-ramai oleh negara Turki. Mengikut sejarah, Shah Abbas kemudiannya menawarkan kawasan Jolfa Esfahan sebagai tempat perlindungan kepada mereka.

Tarikan Lain – Chahar Bagh (Four Gardens), Armenian Museum, Masjid-e-Jumeh, Chehel Sutun Palace dan Khaju Bridge.
Secara ringkas – Kebanyakan hotel yang ada di Esfahan menyediakan inapan yang “budget friendly” buat mereka yang mengembara bersama keluarga, rakan-rakan ataupun backpackers. Kedudukan hotel juga berhampiran dengan muzium, tempat-tempat bersejarah dan lokasi-lokasi menarik.

Beli-Belah

Bazaar Qaisarieh – Bazar ini terletak di sebelah utara Imam Square. Pintu masuk ke pasar yang dibina pada zaman pemerintahan Shah Abbas dihiasi dengan tanda astrologi bandar iaitu Sagittarius. Bazar ini meliputi kawasan yang besar. Kedai-kedai di sini menjual hampir setiap item yang anda inginkan untuk dijadikan ole-ole.

Tarikan Lain – Esmaili (pasu dan pinggan), Mashad Leather, ‘Bazaar-e-Nezamiyeh dan Bazaar-e Honar.

Restoran

Arse’s Fast Food, Pizza Jolfa, Restoran Shahrzad, Gheyysarieh Tea Shop, The Teahouse( Khaju Bridge) dan Restoran Shamshad.

Pengangkutan

Tiada masalah untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti bas dan teksi ketika berada di sini.

TMR4

Jerusalem, Palestin

Gambaran pertama bila berada di dalam bandar berdinding purba yang masih utuh sejak 3000 tahun lalu ini memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Jerusalem adalah rumah kepada tiga agama yang majoriti iaitu Islam, Yahudi dan Kristian, lantas menjadikan Jerusalem salah satu tempat yang paling menarik untuk dilawati.

Seni bina bangunan bersejarah Jerusalem yang luar biasa yang masih kekal di hari ini membolehkan anda untuk menghabiskan masa seharian (atau seminggu) sambil menyusuri lorong-lorong bazar yang sibuk.

Kebaikan – Bandar yang indah dan suci.
Keburukan – Kemelut yang berterusan.
Secara Ringkas – Bandar unik yang harus dilawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Tempat Yang Harus Dilawati

Masjid Al-Aqsa – Masjid yang paling terkenal buat umat Islam di atas peristiwa Israk dan Mikraj. Mengikut sirah Islam, Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ketiga paling mulia di sisi Allah swt.

Tarikan Lain – The Citadel – Tower of David, Western Wall, The Church of the Holy Sepulchre, Mount of Olives dan Golgotha Skull Hill.

Inapan Pilihan

(1) The King David Jerusalem, (2) David Citadel Hotel, (3) The American Colony Hotel, (4) Dan Panorama Jerusalem, (5) Prima Royale.

Secara ringkas – Inapan Jerusalem amat sesuai buat mereka yang mendambakan percutian mewah serta berbulan madu.
Beli-Belah

Muslim Quarter – Bazar ini adalah “pasar Oriental” yang seakan bazar di Marakech, Istanbul atau Tunis. Deretan kedai-kedai kecil yang bagaikan tiada berpenghujung mernjual pelbagai barang-barang antik, kain, makanan, gula-gula, rempah dan banyak lagi.

Tarikan Lain – Kenion Shopping Mall, Victor Bazaar, Mamilla Mall dan Old City.

Pengangkutan
Pengangkutan awam amat mudah didapati di Jerusalem. Pelancong yang bertandang ke sini rata-rata memilih untuk menaiki sherut (van mini) kerana ia adalah pilihan pengangkutan yang mudah dan murah.

TMR5

Fujairah, UAE

Berlatarkan lembah pergunungan Hajar yang indah menawan dan merentasi lakaran pokok palma yang menghias di tepian pantai, maka tidak hairanlah mengapa Fujairah seringkali disebut-sebut oleh pelancong asing dari serata dunia.

Fujairah merupakan sebuah destinasi lengkap yang menawarkan aktiviti air, pendakian dan meneroka di sekitar tanah tinggi, sarat dengan budaya tradisi Arab kuno serta kolam renang buat bersantai di pinggir hotel-hotel mewah.

Kebaikan – Syurga buat pecinta aktiviti skuba.
Keburukan – Cuaca panas terik pada bulan Julai/Ogos.
Secara Ringkas – Menjadi tumpuan pelancong sebagai destinasi pantai harus pergi sewaktu kedatangan musim sejuk.

Tempat Yang Harus Dilawati

Masjid Al-Bidayah – Sebuah masjid tertua di Emirates yang dibina menggunakan batu dan lumpur (1446 Masihi) yang terletak di antara jalan antara Dibba dan Khor Fakkan. Empat kubah yang disokong oleh tiang dalaman masjid mempamerkan seni bina yang luar biasa di rantau ini. Masjid tidak boleh diakses oleh orang bukan Islam.

Tarikan Lain – Pergunungan Hajar, Fujairah Heritage Village, Bithna Fort dan Al Hail Summer Palace.

Secara ringkas – Hotel-hotel di Fujairah merupakan tempat yang ideal buat inapan bulan madu yang mewah, inapan sekeluarga, hub snorkeling dan menyelam serta syurga makanan.

Beli-Belah

Masafi Market – Masafi adalah sebuah pekan kecil yang terkenal sebagai syurga beli-belah. Pelbagai seleksi permaidani dari Iran dan Pakistan, tembikar, kraf tempatan, gerai buah-buahan,sayur-sayuran serta makanan tradisi Arab. Pasar ini dibuka seawal jam lapan pagi hingga sepuluh malam pada setiap hari.
Tarikan Lain – Safeer Supermarkets dan Lulus Department Store.

Pengangkutan

Menyewa kereta adalah langkah terbaik untuk bergerak ke destinasi-destinasi menarik yang ada di sini.

Scroll Up
error: Content is protected !!