Type to search

Antarabangsa Editor Pick Insider BP Itinerari BP

Lupakan Bangkok & Phuket, Gadis Ini Travel 8 Hari ke Udon Thani, Wilayah Timur Laut Thailand – Lonely Mountain & Red Lotus Sea So Perfect!

Share
  • Udon Thani adalah sebuah wilayah di timur laut Thailand.
  • Udon Thani adalah bandar raya keenam yang paling ramai penduduk di Thailand.
  • Udon, panggilan pendek, merupakan hab serantau yang menghubungkan timur laut Thailand dengan seluruh negara termasuk Laos.

Sekali lagi aku menjejakkan kaki meneroka destinasi di negara gajah putih tapi bukan tempat yang “biasa biasa” orang Malaysia pergi. Trip aku kali ini ke wilayah Udon Thani selama lapan hari, orang cakap baru puas bila bercuti lebih seminggu, cuma sediakan wang belanja secukupnya ajaaaa!

Setibanya di Bangkok, aku menanti untuk penerbangan seterusnya iaitu domestik dari Bangkok menuju Udon Thani. Perjalanan menuju ke Udon Thani lebih kurang satu jam menaiki Thai Lion.

Nong Prajak Park, Udon Thani. Dia macam taman awam rekreasi

Penerokaan Isan Bermula

Memang berbeza dengan tempat-tempat yang aku pergi sebelum ini. Penangan Isan lebih hebat, dari sudut pandangan aku sebagai seorang individu yang gemarkan pengembaraan kawasan desa dan jauh dari kesibukan kota.

Satu yang aku pasti, kawasan Isan jarang diterokai oleh kaki-kaki travel dan BackPackerz dari Malaysia. Isan, merupakan wilayah timur laut Thailand yang mempunyai 20 wilayah lagi. Kebanyakan pelancong yang aku lihat semuanya dari negara Barat. Banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi kalau berkunjung ke wilayah Udon Thani ini.

Dah sampai Udon Thani, jangan lupa singgah Huai Krathing Reservoir

1) UD Night Market

UD Night Market ni kira macam uptown kalau dekat Malaysia. Korang boleh beli macam-macam benda seperti aksesori telefon bimbit, baju, seluar, kasut, beg dan macam-macam lagi. Tapi, korang jangan ronda separuh jalan. Kalau korang masuk dari hadapan jalan besar dan turun di depan MCD, pastikan korang jalan sampai jumpa KFC sebab lebih banyak deretan kedai-kedai yang menanti korang.

Hari pertama aku sampai di UD Night Market ni, aku ingatkan bila dah nampak bangunan macam supermarket, tu penghujungnya. Rupanya, belakang supermarket tu ada sambungan pasar malam. Agak luas dan seronok untuk “window shopping”.

Kalau harga jeans perempuan ‘cutting besar’ dekat Malaysia dalam RM100, dekat sini tak sampai RM60. Itu untuk plus size punya harga, kalau korang yang berbadan ‘S’, lagi banyak pilihan untuk dibelanjakan.

Tarikan orang melukis di UD Night Market

2) Thai Chinese Cultural Center

Pengaruh China yang aku rasa agak kuat di Thailand dapat diterjemahkan dengan peninggalan bangunan serta kepelbagaian budaya yang wujud di kawasan Thai Chinese Cultural Center. So amazed with the structure. Perasaan dia konon-konon macam dekat negara China.

Untuk korang yang suka sejarah dan kaki bergambar, korang patut singgah sini. Spent time like 15-20 minutes. Nak bergaya dengan kostum kaum China pun boleh, korang sewa je.

Thai Chinese Cultural Centre
Quite nice for Instagram-spots.

3) Udon Sunshine Orchid Farm

Bagi penggemar bunga Orkid, Udon Sunshine Orchid Farm merupakan salah satu tempat yang korang boleh singgah untuk menjamu dan menyegarkan mata dengan keindahan bunga-bunga di sini. Paling menarik, bukan sahaja korang boleh tengok bunga orkid, tapi korang juga boleh beli minyak wangi yang diperbuat daripada bunga ini. 

Istimewanya lagi, korang boleh tengok dancing plant. Dancing plant merupakan salah satu tarikan di Udon Sunshine Orchid Farm; tanaman akan menari apabila dipasangkan muzik. Dancing plant ni hanya aktif pada jam 7 pagi hingga 9.30 pagi, dan 4.30 petang hingga 6.30 petang. Tarian bunga ini lebih ‘function’ pada November hingga Februari.

Dancing plant di Udon Sunshine Orchid Farm

4) Lonely Mountain (Wat Phu Tok)

Pengembaraan aku seterusnya ke Lonely Mountain yang terletak di Bueng Kan. Perjalanan dari Udon Thani ke Bueng Kan mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam. Wat Phu Tok atau Lonely Mountain merupakan salah satu kawasan meditasi bagi penganut agama Buddha dan tempat tinggal untuk sami.

Menariknya kawasan ini adalah korang kena meredah dan mendaki tujuh peringkat untuk sampai ke puncak Lonely Mountain ini. Peringkat awal pendakian aku boleh senyum-senyum lagi. Sampai di peringkat ketiga, ketawa dan senyum terus hilang. Nak jeling orang yang turun naik pun dah tak larat. Fokus aku hanya pada deretan tangga-tangga sebelum sampai ke puncak.

Setiap peringkat yang ada, korang kena harungi sekitar 80 hingga 100 anak tangga! Bayangkan, Batu Caves punya anak tangga pun aku belum pernah naik, tapi Lonely Mountain aku berjaya tawan sampai ke puncak. I’m so proud of myself!

Dengan laluan yang dibina oleh sami terdahulu yang hanya menggunakan kayu sahaja bagi membolehkan orang ramai pusing satu kawasan gunung ni. I’m speechless dude!

Pemandangan di puncak gunung dengan batu-batu yang dipelihara dengan baik, memang berbaloi untuk korang redah. Lonely Mountain mula beroperasi pada jam 6.30 pagi sehingga 5.00 petang, dan hanya tutup sewaktu musim festival Songkran.

korang kena redah & daki tujuh peringkat untuk sampai ke puncak
Penulis menikmati pemandangan di atas laluan Lonely Mountain
Laluan sempit yang dibina oleh sami terdahulu

5) Wat Ahong Naga Fire Ball

Wat Ahong merupakan kawasan kuil bagi penganut agama Buddha yang terletak di antara sungai Mekong, di Beung Kan. Menariknya di sini, terdapat satu peristiwa dimana bebola api yang dikenali sebagai “Naga Fire Ball” akan keluar di bahagian tengah sungai ini.

Peristiwa ini telah ditanda dalam kalender Thailand sebagai salah satu tarikh penting. Bagi korang yang ingin merasai pengalaman yang aku boleh ditafsirkan sebagai magis, korang boleh datang ke Wat Ahong Naga Fire Ball. Menurut sami di kuil ini, akan ada beratus-ratus Naga Fire Ball yang muncul dari dalam sungai Mekong bila tiba masanya. Pelik tapi benar!

Wat Ahong Naga Fire Ball

6) Loei & Huai Krathing Reservoir

Ringkas dan mudah disebut, itulah Loei. Jatuh cinta pandang pertama, perasaan yang aku rasa bila berkunjung ke Loei. Loei terletak di daerah Isan yang aku boleh samakan seperti Cameron Highlands.

Bezanya kawasan Loei boleh menjadi terlampau panas dan agak sejuk bila menjelang musim kemarau atau sebaliknya. Suhu sejuk di kawasan ini boleh mencecah 1°C dan boleh bertukar panas sehingga 40°C. Sewaktu kunjungan aku, cuaca mendung dan hujan. Memang sempurna! Waktu malam pula sekitar 18°C, tidur lena aku selepas seharian penat berjalan.

Ada satu kawasan yang dinamakan Huai Krathing Reservoir. Apa menarik tempat ni? Korang boleh naik rakit yang diperbuat daripada buluh, mempunyai bumbung dan sewa dalam 400 baht sehari. Rakit ini boleh memuatkan sekitar 10 orang. Kalau datang bercuti ramai-ramai, boleh lah ‘tong-tong’ bayar.

Kawasan tasik ni sesuai untuk bersantai bersama keluarga, lepak makan tengah hari, mandi-manda dan berkelah. Dengan permandangan bukit bukau dan berkabus, memang rasa tak nak balik! Kalau korang nak ke Loei, boleh ambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok, kemudian transit Bangkok ke Loei. Musim yang sesuai untuk korang ke sini adalah pada November hingga Februari.

Huai Krathing Reservoir

7) Red Lotus Sea (Sedih tak sempat pergi)

Timur laut Thailand memang mempesonakan, tapi aku rasa sedih sangat bila tak dapat pergi ke satu lokasi yang menggabungkan keindahan taman bunga tropika dan ketenangan tasik yang mengujakan. Tempat ini sangat terkenal untuk merakamkan gambar percutian yang terindah atau potret perkahwinan. 

Lokasi hebat ini adalah rumah bagi berjuta-juta bunga teratai merah dan sewajarnya dinamakan Red Lotus Sea atau bahasa Thailand, Talay Bua Daeng. Sobsss!

Red lotus flower. Photo by Oon Oon Og
Thale Bua Dang or Red Lotus Sea. Photo by Osotho Magazine
Teks & Foto: Shafiah Shafiee
Terima kasih: Tourism Authority of Thailand
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!