LOADING

Type to search

Berita BP

MACAO SUPER SALE DI SUNWAY PYRAMID!

MM July 6, 2018
Share

Berita baik untuk travel lovers; Macao Government Tourism Office (MGTO) kembali lagi dengan tawaran percutian hebat yang korang tidak boleh lepaskan! 

Kota yang padat dan mudah diterokai, Macao menawarkan banyak tarikan dan acara – dan korang sebagai “Backpackerz” sememangnya perlu terjah ke sini. Makanan halal atau mesra muslim pun dah banyak.

Pada 5 hingga 8 Julai ini, MGTO telah mengadakan “Macao Super Sale Roadshow” eksklusif di LG 2, Blue Concourse, Sunway Pyramid. Korang boleh nikmati pelbagai pakej percutian serta aktiviti bertema Macao yang menarik sepanjang tahun 2018. Masih sempat lagi nak plan bercuti ke Macao. 

NZM_0240

Selain itu, sambil korang ‘ushar-ushar’ Macao Super Sale, korang berpeluang menang contest yang diadakan sehingga hujung minggu ini antaranya pertandingan “Mak-Mak Selfie” (Maskot pelancongan rasmi Macao).  Hanya perlu selfie dengan Mak-Mak dan upload ke akaun Facebook atau Instagram korang. Menang percutian 3D2M ke Macao! 

Bagi peminat Formula One(F1), korang boleh datang ke Macao Super Sale kerana MGTO turut menyediakan simulator Grand Prix untuk korang pandu ala-ala Fast & Furious! Ini bersempena dengan Grand Prix Macao ke-65 yang berlangsung dari 15 hingga 18 November 2018.

Rasa tergoda ke tu? Jom ajak travel buddy korang ke Sunway Pyramid dari 5 hingga 8 Julai ini dan nikmatilah percutian impian korang di Macao! 

Untuk info lanjut, boleh lawati Macao Tourism Malaysia’s Facebook – https://www.facebook.com/MacaoTourismMalaysia/

IMG_0215
NZM_0266
NZM_0303
Scroll Up
error: Content is protected !!