LOADING

Type to search

Feast BP Urban BP

Makanan Halal Wajib Cuba Di Korea!

backpackerz April 8, 2018
Share

Bibimbap

Datang ke Korea tapi korang tidak mencuba makanan tempatan di sana sudah tentu tidak lengkap rasanya. So, korang bolehlah merasa bibimbap ini. Bibimbap adalah makanan yang berisi campuran daging dan sayuran. Sayuran yang digunakan untuk menu bibimbap ini juga korang biasa makan. Seperti timun, tauge, carrot dan juga sengkuang. Bagi korang yang ingin mendapatkan bibimbap dengan label halal, korang boleh datang ke Restoran Hanok di Mokmyeoksanbang. Di restoran itu juga menyediakan pelbagai masakan tempatan Korea yang halal untuk kaum muslim yang tinggal disana mahupun pelancong yang datang.

Saengseon Gui

Saengseon Gui adalah makanan tempatan Korea yang berasaskan ikan, selalunya menggunakan ikan Mackarel. Selalunya kita akan familiar jumpa ikan sebegini dalam tin sardin je kan. Tapi ikan yang digunakan adalah segar dan mavelous. Dalam bahasa Melayu, Saengseon Gui ini bermaksud ikan bakar, tapi cara masakannya bukan dibakar tetapi bergoreng. Korang memang wajib coba! Selain halal, rasanya juga sangat sedap. Ikan yang digunakan pun segar, kerana hasil tangkapan nelayan yang express dari pasar. Oleh sebab itulah ikan yang dibakar ini tidak akan mengeluarkan bau hanyir.

Maeuntang

Maeuntang ini juga adalah salah satu makanan tradisional Korea yang sangat di rekemen untuk pelancong muslim. Maeuntang ini adalah makanan yang berasaskan isi ikan yang direbus dengan serbuk cili dan memiliki rasa yang pedas. Makanan ini sangat sesuai di makan pada musim sejuk kerana ianya dihidangkan dalam Hotplate yang dapat terus memanaskan makanan. Maeutang menjadi makanan peveret masyarakat Korea disebabkan rasa sup yang segar dan juga isi ikan yang kenyal membuatkan nafsu makan bertambah di saat tubuh terasa beku karena cuaca sejuk. Yummy!

Sundubu Jjgae

Sundubu jjgae merupakan makanan diperbuat daripada tauhu dan kuah serta serbuk cili yang cukup pedas. Rasa dari Sundubu Jjgae mungkin akan mudah terasa pekat pada lidah korang. Dan rasanya pun tidak kalah sedapnya dengan makanan – makanan halal Korea yang lain. Selain itu, bahan asasnya yang tidak menggunakan daging ini sangat di rekemen untuk korang yang mencari makanan halal. Dan sesuai juga buat korang yang sedang melakukan diet untuk protein dan elak dari daging. Sundubu jjgae ini sangat sesuai untuk dinikmati di musim sejuk, rasanya yang pedas dan kuahnya yang panas membuat sundubu jjgae menjadikan pilihan yang tepat.

Doenjang Jjgae

Doenjang Jjgae ini termasuk makanan berkuah yang berasaskan rebusan sayur serta makanan laut. Sayuran yang digunakan pun sangat sedap dan boleh juga dijadikan sebagai lauk yang sihat untuk korang. So, korang masih fening lalat lagi nak makan apa di Korea? Makanan yang ini memang dijamin halal. Sangat sesuai juga untuk dinikmati pada musim sejuk serta menghangatkan lagi tubuh yang kesejukan saat salji turun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!