fbpx

Type to search

Airlines Editor Pick Insider BP Travel

Malaysia Airlines ‘belanja’ tambang murah ke 5 destinasi di Australia. Jom #UnDiscoverAustralia!

Share
  • Malaysia adalah salah satu pasaran pelancongan Australia yang paling penting
  • Pada tahun 2018, lebih daripada 400 ribu rakyat Malaysia telah melawat Australia
  • Kempen “UnDiscover Australia” ini memperlihatkan bahawa terdapat lebih banyak lagi destinasi menarik selain daripada percutian stereotaip biasa – koala, kangaroo & ikon terkenal lain
  • Maklumat lanjut boleh didapati di website www.malaysiaairlines.com 

Tourism Australia menjangkakan peningkatan pelancong dari Malaysia untuk mencapai 450,000 pelancong tahun ini, berikutan kempen serta promosi pelancongan agreasif daripada rakan kongsi seperti Malaysia Airlines.

Tourism Australia and Malaysia Airlines senior management at the launch of the 'UnDiscover Australia with Malaysia Airlines' campaign.

Pelancaran kempen baru “UnDiscover Australia with Malaysia Airlines” akan meningkatkan ketibaan pelancong dari Malaysia untuk melawat beberapa tarikan destinasi yang jarang diterokai di Australia.

Berita baik untuk geng #BackPackerz! Bersempena ulang tahun ke-10 kerjasama antara syarikat penerbangan nasional ini bersama Tourism Australia, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tiket penerbangan ‘mampu milik’ ke LIMA destinasi utama di Australia.

MAS menawarkan tiket penerbangan yang berbaloi dan murah untuk tambang pergi balik ke Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth dan Sydney hanya RM1,359 (kelas ekonomi), manakala bagi business class pula RM3,709.


Korang berpeluang menikmati promosi menarik ini selama 10 hari bermula 24 Januari dan berakhir pada 2 Februari 2019. Tempoh penerbangan korang bermula 27 Januari hingga 30 Jun 2019. Sempat lagi ni nak buat tempahan! 


Foto - Visit Melbourne
Foto - Visit Melbourne
Central Market in Adelaide

Selain itu, bagi pemegang keahlian Enrich (the airlines frequent flyer program), kempen “UnDiscover Australia” menawarkan ganjaran dua kali ganda mata Elite Miles bagi penerbangan kelas ekonomi dan perniagaan.

“Jika penerbangan dengan kelas perniagaan dan penumpang menetap di Australia minimum 10 hari, mereka turut berpeluang menikmati keahlian Enrich Gold. Manakala satu pemenang akan dipilih setiap hari sepanjang tempoh 10 hari promosi berjalan.

“Kempen ini menunjukkan kedua-dua pihak terus komited dalam mempromosikan destinasi hebat untuk diterokai bersama. Tourism Australia merupakan rakan kongsi kepada Malaysia Airlines sejak 2009 lagi,” jelas Ketua Pegawai Perolehan MAS, Ignatius Ong.

Meet local friend, Quokkas in Perth
Pink lake in South Australia, Adelaide
Stunning limestone in The Pinnacles Desert, Perth

BackPackerz percaya, “UnDiscover Australia with Malaysia Airlines” bakal menyerlahkan ‘sisi berbeza’ tentang destinasi-destinasi di Australia yang masih tidak diterokai dan tersembunyi.


80% of Malaysians believe that Australia is best seen on a guided tour. But, from scenic drives to cycle and hiking trails, these stunning destinations offer crowd-free explorations of some of the region’s most stunning spots, you must “UnDiscover Australia with Malaysia Airlines”. 


Sesungguhnya, jadilah pengembara dari Malaysia dengan pengalaman percutian yang berbeza dari kebiasaan. Barulah BackPackerz!

Great Beach Drive in Brisbane
Visit Australia now with Malaysia Airlines promo!
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!