fbpx

Type to search

Airlines Antarabangsa Berita BP Travel

Malaysia Airlines Tawar Tambang Rendah Menerusi ‘Fly Now Deals’

Share

Hip hip hooray! Belum reda dengan sambutan perayaan Aidilfitri, Malaysia Airlines (MAS) ‘buat hal’ lagi. Kali ini Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sempena ‘Fly Now Deals’ mulai 11 Jun hingga 21 Jun 2019.


Bagi sesiapa yang sedang mencari tiket penerbangan pada saat akhir, tawaran Fly Now Deals ini membolehkan korang menikmati tambang rendah untuk perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik bermula RM69 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, manakala RM99 ke Kuching dan RM129 ke Kota Kinabalu. Wow!ย 

Penang One-way - Economy MYR 69

Book Period: 11 June 2019 until 21 June 2019
Travel Period: 11 June 2019 until 31 March 2020


Get ready to pack your bags & see the world. Enjoy our Fly Now Deals now!

Selain itu, Malaysia Airlines turut menawarkan tambah serendah RM399 untuk laluan pergi balik kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali dengan tambang RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul daripada RM1,209 manakala Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549 dan London daripada serendah RM2,899. Terdapat lebih banyak destinasi yang ditawarkan dari Kuala Lumpur.

Bukan setakat itu sahaja, syarikat penerbangan ini juga bermurah hati menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus untuk akses Golden Lounge dengan ruang kaki tambahan atau 10 kilogram tambahan bagasi dengan pakej tempat duduk standard, diskaun 15 peratus MHinsure dan banyak lagi.

Hong Kong, China Return - Economy from MYR719
Medan, Kualanamu Return - Economy MYR339

Tawaran itu boleh didapati menerusi laman web promosi www.malaysiaairlines.com atau aplikasi mudah alih di Google Play atay App Store.ย 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!