LOADING

Type to search

Itinerari BP

Maldives 4 hari 3 malam: Ini aktiviti korang boleh buat dengan bajet RM1800

MM July 9, 2018
Share
Kamu silap kalau fikir Maldives hanya sesuai untuk trip berbulan sahaja. Hakikatnya, Maldives juga destinasi sesuai untuk “trip kengkawan” atau bersama keluarga. Untuk kali ini, pembaca Farhan Wahab berkongsi itinerari sewaktu dia bersama rakan-rakan kesana baru-baru ini. Terpancar keseronokkan di wajah mereka. Anda bila lagi?

HARI PERTAMA

10.15am: Tiba di Velana Airport. Keluar airport beli simkad Dhiraagu (22 USD dengan data 15gb untuk seminggu). Beli satu sahaja. Aktifkan hotspot dan kami kongsi bertiga. Tukar duit Maldivian Rufiyaa. Kadar pertukaran wang ketika itu adalah 30 USD = 450 MVR.

Jam 11 pagi, kami mula bergerak dari Hulhumale ke bandar Male dengan menaiki feri. Tambang hanya 10 MVR. 

11.20am: Jalan-jalan sekitar bandar Male, solat Zohor di Male Friday Mosque. Selepas itu, makan tengahari berdekatan bandar Male. Kami pesan tuna fried rice (37 MVR) dan sempat beli bekas kalis air untuk telefon di hadapan kedai makan (40 MVR).
2.00pm: Naik lori kecil menuju ke Terminal Feri Villingili (40 MVR). 
3.00pm: Naik feri ke Pulau Maafushi selama 90 minit (22 MVR).
4.45pm: Check in di WhiteShell Island & Spa. Aktiviti santai di sekitar Maafushi. Jalan-jalan di Bikini Beach and sambil survey harga untuk pakej snorkeling.

simkad Dhiraagu dengan data 15gb
simkad Dhiraagu dengan data 15gb

HARI KEDUA

Aktiviti pagi kami dimulakan dengan sarapan pagi di hotel. Tak perlu korang susah-susah keluar cari breakfast, ambik sahaja penginapan sekali dengan sarapan. Mungkin jimat dan memudahkan, bagi kami. 

9.15am: Aktiviti snorkeling selama setengah hari di 3 “point” snorkeling iaitu Turtle Reef, Nemo Reef, Dolphin Cruise dan sambung makan tengahari di Sandbank (20 USD).
4.00pm: Rehat di hotel & solat di masjid berdekatan.
7.30pm: Buffet dinner di Kaani Beach Hotel (12 USD) dan sempat beli jajan untuk stok malam mengunyah (30 MVR).

HARI KETIGA

7.15am: Sarapan pagi di hotel. 
8.15am: Aktiviti air di hari ketiga dimulakan dengan penjelajahan singkat ke Private Island (Adaaran Prestige Vadoo) dengan caj 105 USD. Harga termasuk makan tengahari gaya buffet dan minuman tidak terhad, disediakan evening tea, shark feeding, akses ke Private Island serta Resort.

8.00pm: Makan malam gaya buffet di Sunrise Beach (10 USD), sempat beli aiskrim depan Crystal Sand Hotel (35 MVR).

Selamat datang ke Maafushi!
Selamat datang ke Maafushi!
Kejernihan air dan pasir putih halus di Maldives
Kejernihan air dan pasir putih halus di Maldives

HARI KEEMPAT

8.30am – Sarapan pagi di hotel.
9.00am – Jalan jalan di pantai belakang pulau. Waktu yang sesuai untuk korang bergambar dan berselfie.
10.00am – Mandi-manda di Bikini Beach. Nak rasa lebih lasak, sewa kayak 1 jam (10 USD) depan Arena Beach hotel.
2.00pm – Check out dan tinggal beg di hotel untuk jalan-jalan cari cenderahati from Maldives.
5.00pm – Naik bot laju ke Airport by Kaani Beach (20 USD).

Dhanee, Maldives!
Dhanee, Maldives!

BELANJA HANGUS 

  • Jumlah USD = 204 atau RM 795.60 (kadar tukaran USD > RM: 3.90)
  • Tiket kapal terbang + makanan = RM 546
  • Insurans = RM27
  • Hotel 4 hari 3 malam (termasuk breakfast) = RM 425

JUMLAH KESELURUHAN: RM1, 793.60 = (469.58 Maldivian Rufiyaa)

Scroll Up
error: Content is protected !!