fbpx

Type to search

Airlines Berita BP Travel

Malindo Air Lancar Laluan Baharu ke Hokkaido, Jepun – Terbang Mulai 23 Mac Ini!

Share
  • Malindo Air mengendalikan lebih 800 penerbangan setiap minggu merentasi rangkaian yang terus berkembang kira-kira 57 laluan di rantau ini
  • Pernah memenangi Airline Passenger Experience Association (APEX) 2019 & Best International Flight Ad ofThe Exquisite Pic Award” oleh Thomas Edison Advertisement (TEA) Awards

Konnichiwa! Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun yang terletak di bahagian paling utara negara matahari terbit ini. 

Hokkaido cukup terkenal dengan tarikan semulajadi – gunung berapinya, natural hot springs dan resort ski.

Winter & snowfalls in Otaru, Hokkaido
Business Class Seat

Berita baik! Malindo Air bakal membuka laluan baharu Kuala Lumpur – Hokkaido pada 23 Mac ini. Ia merupakan destinasi Malindo Air yang pertama di Jepun, dengan menawarkan penerbangan tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Rabu dan Sabtu.

Buat korang yang nak rasai pengalaman menaiki penerbangan Malindo Air ke Hokkaido, tempahan kini dibuka pada harga tambang promosi RM799 bagi Economy Class, manakala Business Class RM1,999. Tempahan boleh dibuat di laman web Malindo Air, pejabat penjualan tiket, pusat pelanggan dan ejen pelancongan terpilih.

Night time scenery in Hokkaido, Japan

“Hokkaido menandakan satu lagi pencapaian baharu Malindo Air, menjadi negara ke-17 yang kami menawarkan perkhidmatan penerbangan dalam rangkaian kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy.


Classic building in Otaru, Hokkaido during winter

Malindo Air menjangkakan sambutan yang baik bagi laluan Kuala Lumpur-Hokkaido, dan merancang menambahkan kekerapan dalam tempoh terdekat.

Secara tidak langsung, pelancaran laluan baharu ini akan memberi impak positif kepada trafik antarabangsa ke Malaysia, sebagai sokongan industri pelancongan tempatan serta ketibaan pelancong luar di lapangan terbang. All the best, Malindo Air – Smarter Way to Travel! 

Untuk maklumat terkini tentang aktiviti dan promosi terkini Malindo Air, sila berhubung dengan kami melalui Twitter, Facebook dan Instagram.

Flight commencing 23 March 2019 - BOOK NOW!
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!