LOADING

Type to search

Insider BP

MENJEJAK MISTERI ISLA DE LAS MUÑECAS

backpackerz June 21, 2018
Share

Apa yang terlalu misteri tentang Island of the Dolls, Xochimilco yang terletak di Mexico? Memang berhantu atau kisah misteri yang dipaparkan sekadar untuk menarik perhatian pelancong sahaja? Jom ‘ikut’ kami meneroka pulau ini…

Isla de las Muñecas – Pulau Anak Patung Mexico

The Island of the Dolls

Pada tahun 1987, Xochimilco telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang sekali gus telah menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia untuk datang ke daerah itu. Xochimilco merupakan bandar yang ditubuhkan pada tahun 1928, apabila Kerajaan Persekutuan Mexico menyusun semula Daerah Persekutuan Mexico City kepada 16 daerah. Walaupun Xochimilco dikenali sebagai bandar, namun identiti sebenarnya lebih kepada pinggir bandar. Xochimilco merupakan bandar yang terkenal dengan sejarahnya, sehinggakan ia dikenali sebagai Barrio Mágico (magical neighborhoods) sejak tahun 2011, yang telah menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Xochimilco. Jika ke sini, pengunjung wajib singgah ke Isla de las Muñecas yang di kenali sebagai Island of the Dolls yang terletak di Xochimilco, Mexico City.

Tidak lengkap rasanya jika ke Xochimilco, jika pengunjung tidak ke pulau anak patung yang sememangnya mempunyai cerita misteri dan masih tidak terungkai sehingga kini. Masyarakat sekeliling mengelarkan pulau ini sebagai salah sebuah pulau berhantu yang dihuni oleh roh seorang kanak-kanak yang dijumpai mati oleh Don Julian Santana Barrera di terusan berhampiran pulau itu. Bagi mengelakkan gangguan dan menghormati roh kanak-kanak itu, Julian telah menggantung anak patung di semua bahagian pulau. Akhirnya pada tahun 2001, Julian ditemukan mati di tempat sama kanak-kanak itu meninggal dunia!

Jika pada awalnya pulau ini tidak dilawati oleh sesiapa, kini ia semakin mendapat perhatian dari pelancong luar yang tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai sendiri suasana pulau yang dipenuhi dengan anak patung dan kisah misterinya. Untuk ke pulau kecil ini, pengunjung perlu menaiki Trajineras (gondola) selama dua jam menyelusuri terusan yang ada. Pemandangan semula jadi yang ada sepanjang terusan ini pasti memukau mata pengunjung.

Pulau ini mendapat lebih perhatian daripada pengunjung yang minat dengan dunia fotografi dan pengunjung yang sukakan tempat-tempat mencabar. Ada juga pengunjung yang datang ke pulau ini membawa anak patung untuk digantung sebagai tanda hormat kepada roh-roh yang ada di sini. Anak patung yang di bawa ke pulau ini akan digantung menggunakan dawai pada dahan pokok dan dinding rumah yang ada di situ.

Info:
* Island dolls jadi popular selepas kematian Julian, iaitu pemilik pulau ini.
* Tapak pulau ini sebenarnya adalah floating garden.
* Julian menggantung anak patung di pulau ini sejak 50 tahun sebelum kematiannya.
* Terdapat beratus-ratus anak patung yang ada di pulau ini.
* Penduduk setempat percaya roh Julian juga turut tinggal di pulau ini.

Scroll Up
error: Content is protected !!