LOADING

Type to search

Berita BP

Mudahnya Rancang Itinerari & Bajet Guna Platform KKday!

KKday October 18, 2018
Share

Kamu dah pilih destinasi untuk percutian seterusnya. Tiket kapal terbang dan beli. Hotel pun dah tempah. Tetapi, kamu tak pasti apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana. 

Tambah pula, kamu memang jenis tak suka serta ‘rimas’ guna travel agent kerana tidak mahu terikat dengan masa atau sebagainya. Apakah penyelesaiannya? Senang saja. Guna platform KKday untuk pengalaman bebas untuk mengembara, percutian autentik – mengikut citarasa dan kemahuan kamu sendiri!


2

KKday tu apa?

KKday adalah peneraju platform pelancongan e-dagang di Asia yang menghubungkan para pengembara dengan pengalaman serta aktiviti percutian setempat yang unik di lebih 80 buah negara. Wow!

Secara asasnya, kamu bermula dengan membeli tiket kapal terbang, tempah hotel dan kemudian layari laman web KKday untuk memilih pelbagai jenis aktiviti autentik yang ditawarkan di destinasi tersebut dengan harga berpatutan terutama untuk free independent traveler (FIT), travel group mahupun pengembara solo. 

Melihat Malaysia dengan populasi penduduk yang semakin meningkat, keseronokan dan keinginan kembara dalam kalangan rakyat Malaysia serta ekonomi yang berkembang maju, KKday secara rasmi melancarkan platformnya di Malaysia pada April 2017.

Pelancong Muslim macam mana? 

KKday turut mengambil berat terhadap pasaran pelancongan Islam yang memainkan peranan penting dalam pengembangan industri pelancongan dunia. Oleh itu, mereka sedang membangunkan lawatan persiaran “mesra Muslim” serta menawarkan pengalaman tersendiri khusus disesuaikan dengan pasaran dan keperluan Muslim travelers.

KKday percaya bahawa Malaysia menawarkan pasaran pelancongan unik kerana mempamerkan masyarakat berbilang kaum, etnik, serta budaya.

Screen shot 2018-10-18 at 6.13.37 PM

Faedah & Manfaat

Jom baca 5 sebab mengapa kamu perlu guna KKday untuk merancang aktiviti pengembaraan;

1 – PILIH AKTIVITI YANG KAMU SUKA SAHAJA – “EKSKLUSIF” UNTUK ANDA!

Setiap aktiviti setempat yang ditawarkan dibahagikan kepada enam skop mengikut citarasa pengembara; lawatan lokal, lokasi-lokasi tarikan pengembara, kebudayaan masyarakat setempat, kelas unik (seperti memasak sajian tempatan), aktiviti outdoor, mengembara dengan menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api dan sebagainya.

Pendek kata, semua jenis aktiviti ada untuk setiap pengembara dengan minat yang berbeza. Nak melihat bagaimana orang-orang Jepun di kawasan pendalaman menjalani aktiviti seharian, kamu boleh pilih aktiviti Lawatan Setempat. Atau nak melihat bunga sakura dari dalam kereta api di Alishan Taiwan, boleh pilih pakej Pengangkutan & Keperluan Perjalanan. Memang mudah. Hanya kembara ke tempat kamu suka, di mana sahaja yang kamu mahu.

2 – PENGALAMAN REALITI OLEH PENGEMBARA SEBENAR!

Aktiviti lawatan yang disediakan KKday digunakan oleh ramai pengembara dari seluruh dunia, setiap maklum balas aktiviti yang dikongsikan adalah jujur – hanya mereka yang membeli pakej lawatan sahaja boleh memberikan feedback bagi memastikan informasi telus dan boleh dipercayai.

Sehingga ke hari ini, lebih 1.5 juta pengguna telah menjadi ahli dengan purata maklum balas yang sangat baik iaitu 4.62 daripada 5 bintang untuk lebih 10,000 pengalaman percutian yang ditawarkan di lebih 80 buah negara di dunia!

Screen shot 2018-10-18 at 7.09.45 PM

3 – MUDAH DIGUNAKAN – TEMPAH, BAYAR & TRAVEL

Layari saja laman web KKday, anda boleh pilih lebih 10,000 aktiviti (“self-service” package) di 500 buah bandar di seluruh dunia. Pilihan berdasarkan ratusan aktiviti yang disenaraikan berdasarkan sesebuah tempat atau lokasi.

Setelah buat tempahan, bayar secara online menggunakan Kad kredit atau PayPal. Urusan pembayaran di KKday menggunakan sistem penyulitan (encryption) bagi menjamin urusan pembayaran yang selamat dan terjamin. Sudah bayar, aktiviti dah confirm – terus bercuti dengan minda yang tenang. Hooray! 

4 – PERJALANAN YANG TERATUR DENGAN PEMANDU PELANCONG PROFESIONAL & RAMAH

Fakta: KKday bukan agensi pelancongan! Namun, KKday turut menyediakan pemandu pelancong untuk lebih 50 pakej yang ditawarkan kerana sesetengah lokasi tidak begitu diketahui umum dan tidak banyak informasi mengenainya. Di sinilah pemandu pelancong memainkan peranan dengan membantu pengembara memahami sejarah, cerita menarik dan apa yang seronok di lokasi yang dikunjungi.

Perbezaannya, dengan travel agent, kamu wajib pergi semua tempat dalam jadual walaupun ada yang kamu tak suka. Dengan KKday, pemandu pelancong bawa tempat yang kamu hendak pergi sahaja mengikut tempahan awal yang dibuat. Malah, KKday juga memiliki bas (kompak) mereka sendiri untuk memudahkan perjalanan kamu sekiranya berkumpulan.

5 – SELAMAT UNTUK PENGEMBARA WANITA & SEMESTINYA LELAKI JUGA!

Statistik demografik yang dikeluarkan KKday menunjukkan 66% pengguna platform ini adalah WANITA dan 34% adalah lelaki. Talian perkhidmatan pelanggan KKday beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun bagi memastikan keperluan pengembara terjamin serta lancar.

 

APA KORANG DAPAT?

Selain itu, jika menggunakan platform KKday, pengembara boleh nikmati 6 jenis pengalaman yang ditawarkan dari saat anda tiba seperti lawatan pelancongan tempatan, tarikan & pameran, pengalaman kebudayaan, kelas-kelas sebenar, aktiviti luar serta keperluan pengangkutan serta perjalanan.

BAGAIMANA GUNA KKDAY NI?

Paling penting, bagaimana untuk anda gunakan platform ini. Sebelum melakukan tempahan atau bayaran pada KKday, anda perlu menjadi ahli KKday tetapi proses ini adalah percuma, sangat mudah mendaftar kemudian bersedia untuk mengembara!

Semuanya dihujung jari. Anda boleh mendaftar dengan KKday hanya menggunakan Facebook, Google+ atau akaun Line. Ikuti langkah-langkah pada gambarajah dibawah untuk mendaftar;

Screen shot 2018-10-18 at 7.33.52 PM

Platform KKday telah dilancarkan sejak 2014 lalu dan kini beroperasi di 10 buah negara iaitu Taiwan, Hong Kong, China (Shanghai), Singapura, Jepun, Korea, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Jadi, apa tunggu lagi? Nikmati pengembaraan, carian destinasi serta aktiviti percutian seterusnya bersama KKday – platform pelancongan e-dagang terbaik di Asia! 

KKday_Logo_WhiteOnBlue_EN
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!