fbpx

Type to search

Antarabangsa Berita BP Rare BP

Mural Anime Sepanjang Stesen Shibuya Tokyo, Jepun – Menampilkan Naruto, Attack on Titan & My Hero Academia!

Share
  • Shibuya adalah ‘hotspot’ di Tokyo, Jepun – menggabungkan pusat komersial (shopping district, fashion center) & perniagaan utama. 
  • Shibuya juga menempatkan dua stesen kereta api paling sibuk di Tokyo iaitu, Stesen Shinjuku & Stesen Shibuya.
  • Dengan ruang dinding laluan bawah tanah stesen yang kosong, dua penerbit karya anime & manga terbesar Jepun memutuskan untuk membuat mural besar-besaran di stesen tersebut.

Bagi korang yang kerap ke Jepun atau ‘pengembara tegar’ negara matahari terbit ini, mesti pernah menggunakan stesen Shibuya Tokyo yang cukup besar, sistematik dan moden weh! 

Popular spot, Shibuya crossing

Ia menempatkan lapan kereta api bawah tanah dengan berlainan laluan yang dikendalikan oleh tiga syarikat yang berbeza. Stesen tersebut merangkumi beberapa blok bangunan di bandar dan semua saling berhubungan melalui laluan terowong panjang.

Sepanjang laluan tersebut telah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Dua penerbit karya anime & manga terbesar di Jepun iaitu Kodansha dan Shueisha meletakkan karya mereka di stesen Shibuya Tokyo. Sebuah seni awam kreatif yang mengagumkan!

The mural include Naruto & Sasuke from Naruto, Levi & Connie from Attack on Titan, All Might and Izuku from My Hero Academia

Buat pengetahuan korang, Kodansha dan Shueisha yang menerbitkan Majalah Shonen Mingguan dan Shonen Jump Mingguan, telah diberikan dinding 30 meter (98 kaki) sepanjang laluan di Metro Tokyo untuk dihiasi dengan karya seni yang menampilkan beberapa anime yang paling menonjol dan watak manga.

Naruto & Sasuke from Naruto

Dengan bertemakan latar belakang sekolah tinggi, watak-watak paling popular yang ada pada mural tersebut termasuk Naruto dan Sasuke dari Naruto, Levi dan Connie dari Attack on Titan, serta All Might dan Izuku dari My Hero Academia.


The mural include Naruto & Sasuke from Naruto, Levi & Connie from Attack on Titan, All Might and Izuku from My Hero Academia
The mural throughout 30-meter (98-foot) wall running along the Tokyo Metro section

Bagi sesiapa yang ingin melihat mural anime dan manga itu, korang boleh ke stesen Shibuya Tokyo. Lukisan mural itu diposisikan tepat pada pintu masuk atau keluar 7A hanya untuk tempoh yang terhad dan tidak didedahkan tarikhnya. 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!