LOADING

Type to search

Berita BP

Musim Tengkujuh, 10 Pulau ini Bakal Ditutup di Johor

MM October 8, 2018
Share

Siapa kaki pulau? Mesti korang perasan, salah satu lokasi percutian yang best di Johor adalah deretan pulau-pulau pelancongan yang sangat cantik serta menawarkan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan.

Pulau-pulau di Johor terutama daerah Mersing telah menjadi destinasi ‘liburan’ pilihan bukan sahaja bagi pelancong tempatan malah dari luar negara seperti Singapura. 

Antara gugusan pulau yang indah di pesisir laut Johor ini adalah Pulau Dayang, Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu, Pulau Tengah, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Rawa dan banyak lagi.

kredit: Rawa Island Resort
kredit: Rawa Island Resort
kredit: budak shinchan
kredit: budak shinchan

Tetapi, ada berita kurang menarik yang perlu dikongsi bersama pengikut #BackPackerz. Sebanyak 10 pulau di Mersing akan diarahkan tutup sementara dari pertengahan atau hujung bulan Oktober sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh.


“Rain clouds come floating in, not to muddy my days ahead, but to make me calm, happy and hopeful”


Menurut Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri, Liew Cai Tung, penutupan ini dijangka berlanjutan sehingga Mac tahun depan. Apapun, keputusan tersebut masih bergantung kepada laporan kaji cuaca terlebih dahulu. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. 

Resort mewah, chalet, dan penginapan di pulau-pulau akan menjadi ‘kawasan larangan’ untuk pelancong. Ia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku kerana keadaan laut yang berombak dan angin kencang  yang bertiup kuat. Namun, penutupan pulau di Mersing itu tidak termasuk pulau persendirian.

Walau bagaimanapun, Johor bukan sekadar pulau peranginan semata-mata, korang masih boleh serbu Legoland, Danga Bay, Sanrio Hello Kitty Town, Johor Premium Outlet, Sultan Abu Bakar State Mosque, Johor Bahru Old Chinese Temple dan banyak lagi. #DekatJe


Tempat-tempat menarik di Johor Bahru;

  • JB City Square
  • Hello Kitty & Thomas Town
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • Angry Birds Activity Park
  • The Real Escape Room JB
  • Gunung Ledang
  • Bazar Karat
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!