LOADING

Type to search

Insider BP

Myeongdong Street – Antara Lokasi ‘Favorite’ Di Seoul

KKday July 27, 2018
Share

Myeongdong Street

Myeongdong Street adalah kawasan tumpuan untuk “food hunter” atau kaki shopping. Myeongdong street juga popular sebagai ‘rumah’ untuk membeli-belah barang dan jenama gaya ‘hype beast’, street wear, dan local clothing di Seoul.

Kalau korang berkeliaran sekitar kawasan Myeongdong Shopping Street, pemandangan korang pasti tertumpu ke arah butik-butik kecantikan, pusat membeli-belah, kedai fesyen berjenama dan tidak lupa, kiosk gerai-gerai di sisi jalan. ‘Konfem’ rambang mata korang!

Selain itu, pelancong tempatan mahupun luar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Myeongdong Street – antara ‘port’ makanan jalanan yang terkenal di Seoul. Memang korang akan teruja tengok street food dekat sini!

Senang cerita, korang hanya perlu berjalan dari satu penjuru ke penjuru yang lain untuk melihat barang atau mencuba variasi makanan jalanan di sini. Jangan risau, peniaga dari negara “Middle East” pun ada menjual kebab di Myeongdong Street. Pasti halal toyiban!

  • Bagaimana ke sini: Sistem pengangkutan di Seoul sangat efisien, cuma korang perlu faham laluan dan arah yang nak dituju. Untuk ke Myeongdong Shopping Street, ambil laluan subway 4 ke Stesen Myeong-dong (Exit 6)

Gwangjang Market

Tiada yang lama, tiada yang baharu. Untuk merasakan sajian ’old-school’ di Seoul pula, korang perlu singgah ke “indoor market’ yang sudah berabad lama wujud di sini iaitu Gwangjang Market. Bersiap sedia untuk ‘digoda’ dengan aroma makanan yang menyelerakan di sini.

Ketika korang berjalan ke kawasan Gwanjang Market ini, jangan terkejut dengan kehadiran penduduk lokal dan pelancong yang ramai, suasana pasar memang sibuk serta riuh. Perhatikan juga warung lama berwarna-warni yang menjual segala barangan dari kain fabrik ke alatan rumah, pakaian dan juga makanan.

  • Bagaimana ke sini: Ambil stesen Metro ke Jongno-5, kemudian berjalan kaki dari Exit 8 atau 9 sehingga anda dapat melihat pintu masuk ke pasar Gwangjang.

 

Tips #KKday di Seoul

Jika korang bercadang untuk berpesta makanan di sini, bawa sekurang-kurang ₩11,000 – ₩21,500 (sekitar RM41 – RM78 bagi seorang). Korang boleh enjoy beberapa suapan makanan di sini dan tinggalkan Myeongdong Street serta Gwangjang Market dengan perut kenyang dan senyuman lebar tanda kepuasan.

 

Nak lagi rasa sajian autentik Korea, anda boleh singgah ke salah satu gerai makanan Korea di sini. Berdiri tepi, pilih menu, dan makan di situ. Mudah dan selesa. Antara sajian lokal yang popular dan korang patut try antaranya Korean Fried Chicken, Tornado Potato, Gimbap (seaweed rice rolls), Bungeo-ppang (red bean fish toast) dan banyak lagi.

Kalau memerlukan lebih banyak bantuan dengan bajet korang, apa kata semak website #KKday untuk percutian yang mudah ke Seoul – https://www.kkday.com/en/product/productlist/A01-004?city=A01-004-00001

 

 

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!