LOADING

Type to search

Feast BP Rare BP

Nanti Dulu! Seafood & Vegetarian Tidak Semestinya ‘Halal’

backpackerz April 8, 2018
Share
  1. Suatu perkara biasa buat si pengembara yang melancong ke luar adalah untuk mencari makanan halal. Sekiranya tiada makanan halal, salah satu altenatif yang terdekat adalah dengan memilih makanan laut atau vegetarian. Pun begitu, adakah vegetarian boleh dikategorikan sebagai halal?
  2. Walaupun istilah halal mula menembusi benua Eropah dan kebanyakan negara-negara di Asia, ia tidaklah terkenal sebagaimana diet yang diamalkan seperti kosher, vegetarian. vegan dan gluten-free diet. Justeru itu, mencari makanan halal di negeri asing kadangkala tidaklah semudah yang disangka.
  3. Kita akan sering mendapati bahawa diet halal sering dikeluarkan daripada menu oleh kebanyakan restoran yang menawarkan diet vegetarian sebagai pengganti dan altenatif. Tetapi pada hakikatnya, tidak semua diet vegetarian yang ditawarkan adalah halal. Makanan yang dimasak mungkin halal tetapi apabila peralatan penyediaan dapur yang digunakan bercampur dengan makanan yang tidak halal, maka makanan tersebut sudah menjadi tidak halal.
  4. Bahkan, operator restoran dan para pelayan juga kadangkala tidak faham dengan apa yang dikatakan sebagai halal. Tambah meruncing, istilah halal sering dipopularkan dengan ungkapan – ‘No Pork’ oleh individu yang tidak peka dengan pengertian halal yang sebenar.
  5. Halal adalah satu teras pemakanan umat Islam yang berpandukan al-Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w. Manakala, vegetarian pula adalah sebuah set diet yang diamalkan di atas kebimbangan kesihatan, keagamaan atau sebuah ideologi penentangan terhadap memakan haiwan. Maka, mengambil menu vegetarian bukanlah sebuah butang automatik yang menjadikan makanan tersebut halal.
  6. Tidak seperti vegetarian, umat Islam dibenarkan memakan daging-daging tertentu selagi ianya disembelih mengikut kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Kebanyakan vegetarian tidak makan ikan dan telur, sedangkan kedua-duanya dibenarkan untuk dimakan oleh orang Islam. Justeru itu, pastinya terdapat sedikit perbezaan di situ.
  7. Vegetarian membolehkan penggunaan bahan-bahan yang memisahkan mereka untuk menjadi halal. Contohnya penggunaan alkohol dalam kuah, sos dan perisa vanila. Sesetengah resepi vegetarian juga menggunakan wain sebagai ramuan. Walaupun kuantiti yang digunakan adalah sedikit, tetapi ia tetap dilarang.
  8. Coklat dan manisan yang terdapat di pasaran luar juga kadangkala mengandungi alkohol. Selain alkohol, penggunaan gelatin yang berasaskan sumber haiwan yang diragui juga mudah dijumpai dalam kandungan pemakanan yang ditulis di luar pek. Pendek kata, sebahagian besar produk coklat yang dijual di luar negara mengandungi gelatin babi dan tidak sesuai untuk digunakan oleh pengguna Islam.
  9. Istilah ‘No Pork’ tidak boleh diguna pakai untuk mendefinasikan halal, kerana ianya menyimpang, bahkan akan mengelirukan premis-premis yang berminat untuk menyediakan makanan halal buat para pengembara Muslim.
  10. Kesimpulannya, pengertian halal harus diperkemaskan dan diwar-warkan agar difahami oleh masyarakat dunia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!