Type to search

Itinerari BP

NHA TRANG – BANDAR PESISIR PANTAI VIETNAM

Share

AirAsia telah lancarkan laluan baharu ke Nha Trang pada September tahun lalu. Mungkin korang belum pernah dengar destinasi ini.


Kenapa Nha Trang? Sebabnya Nha Trang menawarkan keindahan kawasan pantai yang masih dijaga rapi, dan destinasi Nha Trang sering ‘direndahkan’ berbanding Ho Chi Minh City mahupun Hanoi.

HARI PERTAMA: TINJAU PO NAGAR
– Tiba di Nha trang jam 12 tengahari waktu Vietnam. Cam Ranh International Airport (Nha Trang Airport) merupakan lapangan terbang utama yang disediakan untuk kawasan Nha Trang. Korang boleh dapatkan tourist sim card 10 GB dengan harga 200000 VND (RM37.28).
– Caj teksi dalam 350,000 Vietnamese Dong (VND) – (RM 60) untuk satu kereta atau van dari airport sampai depan hotel.
– Penginapan: Check in dekat Zen Hotel yang terletak di tengah-tengah Nha Trang. Untuk dua malam dalam 750,000 VND (RM 140). Hotel ini hanya 2 minit berjalan kaki dari pantai. Kemudian sewa motor sebab Nha Trang cukup besar untuk korang terokai dengan jalan kaki ke semua tempat. Saya pilih skuter sebab senang nak bawa.
– Sewa motor 120,000 VND (RM20) sehari. Isi minyak dalam 5,000 VND untuk satu tangki. Daerah Nha Trang banyak bulatan dan dorang pandu belah kiri. Ambil masa untuk sesuaikan pandu cara bertentangan dan budaya ‘hon-hon’ memang ada.

Aktiviti: Po Nagar tower. Bayaran masuk RM4 untuk seorang. Macam temple dan tempat lama. Untuk tengok pemandangan, korang boleh naik ke atas.

– Makan di Alpaca Home style Cafe. Suasana yang meriah dan makanan pun sedap. Kalau tak puas berjalan, malam boleh pergi ronda sekitar night market (city hall) dia.

HARI KEDUA: THE AMAZING VINPEARL LAND
Info : Vinpearl Land adalah sebuah pulau peranginan di Nha Trang, Vietnam yang terletak di pulau lama, Hon Tre. Vinpearl Land Nha Trang dirujuk sebagai The World Class Recreational Paradise.
– Tiket boleh beli dari hotel. Tiket termasuk pakej taman tema dan trip cable car. Harga 880,0000 VND (RM155). Boleh juga dapatkan tiket cable car dekat kaunter Vinpearl sebelum naik. Caj teksi dari Zen Hotel ke Vinpearl cable car dalam 70,000 VND (RM 13).

Aktiviti: Naik cable car ke Vinpearl Land. Sambil tu, boleh layan pemandangan indah sepanjang merentasi laut Nha Trang. Vinpearl Land cukup lengkap – ada theme park rides, waterpark sambil bersantai tepi laut, ada arcades games yang percuma, ada plant parks dan juga safari.

– Banyak haiwan ‘rare’ antaranya Hyenas, Sika deer, monyet merah dan burung merak. Ada juga dolphin show, bird show dan lain-lain.
– Berpeluang menaiki ferris wheels yang cukup tinggi sambil disajikan dengan pemandannga Nha Trang. Mudah kata, RM155 cukup berbaloi dibelanjakan untuk pengalaman di Vinpearl Land.

HARI KETIGA: SARAPAN PAGI ALA ‘MAT SALEH’ DI RAINFOREST CAFE
Info Rainforest Cafe terletak di pusat bandar, tetapi jauh dari perhatian warga kota dan jalan-jalan yang bising. Dikelilingi dengan persekitaran hijau, segar dan alunan muzik yang tenang. Kunjungan ke Rainforest cukup membuatkan diri ini berasa aman dalam minda serta jiwa.
– Menu sarapan pagi pun best dan sedap! Mostly are American breakfast styles. Vietnamese Tea kena cuba – free refill.  Harga around RM 30 ke bawah untuk satu sajian. Boleh rujuk Facebook – Rainforest Nha Trang.
– Sewa motor untuk pergi air terjun Ba Ho. Perjalanan dalam 40 minit dari bandar Nha Trang ke Ba Ho. Agak jauh ‘merempit’ tapi sangat berbaloi! Lalu lereng bukit, pemandangan pun cantik.

Tip: Sediakan topeng muka kalau nak naik motor sebab udara dekat sini agak berhabuk dan sometimes ada bau kurang menyenangkan.

– Aktiviti: Dekat Ba Ho, korang boleh cliff jumping. Bayaran masuk 25,000 VND (RM5). Nak panjat ke atas agak mencabar sebab kena daki batu-batu besar. Cuma saya tak berani nak terjun sebab memang dalam sangat. Korang boleh enjoy mandi-mandi disini. Nha Trang Bay pun best untuk korang lepak santai, layan sunset dan ‘cuci mata’ – view sangat cantik.
– Penginapan: Berpindah ke La La House Hotel. Satu malam disini anggaran 400,000 VND (RM70). Boleh ambik teksi dari Vinpearl ke hotel ini. Caj teksi 100,000 VND (RM18). Nak lebih jimat, boleh naik bas dari Vinpearl ke bandar, bas terakhir jam 6 petang.
– Makan malam korang boleh cuba seafood buffet. Nikmati sajian laut free flow seperti oysters, udang, sotong, ikan dan kerang dengan harga 240,000 VND (RM43) sahaja. Kena pantau jika ada menu ‘pork’ dan buaya panggang.
– Malam boleh pergi Skylight Nha Trang. Saksikan keseluruhan Nha Trang dari puncak. Sesuai untuk tenangkan fikiran.

HARI KEEMPAT: LAYAN KOPI VIETNAM
– Seawal jam 5 pagi dah bangun untuk breakfast dan layan sunrise di Nha Trang Bay.
Last day di Nha Trang, korang perlu cuba ‘highlands coffee’ dia. Memang terasa padu dan pekat kopi Vietnam ni. Ala-ala Starbucks tapi versi Vietnamese.
– Jam 10 pagi dah bertolak ke Nha Trang Airport. Caj teksi ke lapangan terbang dalam 240,000 VND (RM43). Boleh minta tolong hotel buat tempahan.

I can say it was worth it! Semua tempat di sini cukup menakjubkan, terutama pemandangan di Vinpearl Land dan kedai kopi tema hutan. Nha Trang popular untuk orang Rusia dan pelancong luar kerana ia sebuah kawasan peranginan yang mampu dikunjungi oleh sesiapa.
Kesimpulannya, Nha Trang merupakan destinasi lengkap untuk seisi keluarga atau #BackPackerz. Sesuai dan selamat untuk female traveler, cuma susah sikit bab makan bagi pelancong Muslim. Tam biet Vietnam!

By: Meeya Ibrahim

Belanja Hangus

*Tiket Kapal  Terbang (return): RM 260
*Penginapan (3 malam)           : RM 210
*Tiket masuk/aktiviti                : RM 164
*Pengangkutan                          : RM 174
*Makanan                                   : RM 73
Jumlah keseluruhan                 : RM 881

Kadar tukaran wang semasa pergi : 560,000 VND = RM100

Tempat Menarik
– Muzium Alexandre Yersin

– Mandi lumpur & Hot springs
– Temple Buddha Long Son Pagoda
– Dam Market (Pasar Pagi)

Restoran Halal
– Omar’s Indian Restaurant

– Ganesh Indian Restaurant
– A&M Cafe & Fast Food Halal

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!