LOADING

Type to search

Travelog BP

Ni Tempat Yang Anda Perlu Masuk Wish List Jika Nak Honeymoon.

backpackerz May 7, 2018
Share

Kalau dah biasa backpack dari usia muda, dah kahwin nanti pun tentu janggal kalau tak honeymoon cara backpack. Kali ini, kami ingin paparkan 8 destinasi yang korang boleh masukkan dalam senarai wish list bila selesai bergelar raja sehari.

8 Tempat Honeymoon Ni Kena Masuk Dalam Wish List!

El Nido

El Nido, Filipina

Filipina mempunyai banyak destinasi percutian pantai, tetapi satu pilihan terbaik adalah El Nido. Terletak di bahagian utara Pulau Palawan, El Nido terkenal dengan aktiviti island hopping, menyelam skuba, dan snorkeling sambil berlatarkan pemandangan yang menakjubkan. Apa yang menariknya, destinasi ini juga terletak di Pantai Dagmay, Pantai Nacpan dan sungai bawah tanah Puerto Princesa. Terdapat juga beberapa inapan untuk dipilih. Antaranya, El Nido Resorts Lagen Island, Tapik Beach Park Guest House dan Bulskamp Inn.

Luang Prabang, Laos

Tenang, nyaman dan santai di tepian sungai bandar kolonial Perancis adalah tempat yang sempurna buat anda dan pasangan untuk sama-sama terokainya. Terdapat beberapa buah hotel-hotel yang dibina dengan seni reka Perancis di sepanjang sungai. Destinasi ini memberikan anda pengalaman budaya, pemandangan alam yang indah dan makanan tempatan yang enak. Dikatakan, musim yang terbaik adalah dari bulan September hingga Mac. Jangan lupa untuk melawat Wat Xieng Thong, Gunung Funsi, Air Terjun Kuang Xi dan Gua Ting bila bertandang ke sini.

Ubud, Bali, Indonesia

Bali memang terkenal sebagai destinasi bulan madu buat para pelancong di seluruh dunia. Buat mereka yang tidak mahu bersesak di resort-resort pantai di sana, dicadangkan supaya anda bertumpu di kawasan tengah Bali iaitu Ubud. Tempat ini terkenal dengan budayanya dan kurang sedikit bilangan pelancong yang kebiasaannya banyak tertumpu di kawasan selatan. Cara terbaik untuk menikmati bulan madu anda adalah dengan menginap di homestay yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati di sekitarnya pula adalah Goa Gajah, Kuil Pura Ulan Danu Batur, Kuil Pura Tirtha Empul dan Sukowati Market.

Koh Lanta, Thailand

Koh Lanta, sebuah pulau tropika yang indah yang terletak di perairan Andaman Thailand. Ia menyediakan sebuah percutian lengkap dan sempurna untuk anda berbulan madu. Perairannya yang luas juga menjadi pentas yang baik untuk aktiviti snorkeling dan selam skuba. Syurga makanan laut yang segar, jungle trekking di taman negara, bird watching, dan tempat-tempat tumpuan pelancong yang mudah diakses menggunakan basikal atau motosikal. Pendek kata, destinasi ini harus dilawati. Pulau ini juga terletak berhampiran dengan destinasi lain yang menarik seperti Koh Phi Phi untuk aktiviti menyelam skuba, Krabi dan Phangnga Bay, syurga struktur batu kapur yang tergantung di lautan.

Hoi An, Vietnam

Tapak warisan UNESCO yang dikelilingi pulau-pulau tropika, batu karang, desa dan sawah padi serta pantai yang indah. Terletak di tengah-tengah Vietnam, tempat ini adalah mempunyai segala yang ada dambakan tanpa mengira minat. Anda boleh merentasi desa menggunakan basikal sambil menikmati suasana pantai, atau pergi membeli-belah bersama pasangan. Lokasi yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Danang ini mempunyai tarikan seperti Hoi An Heritage Area, Marble Mountains, Cham Islands dan menikmati sajian enak yang disajikan oleh kafe-kafe unik di sepanjang sungai Hoi An.

Pulau Malolo, Kepulauan Mamanuca, Fiji

Pulau Malolo terletak di Kepulauan Mamanuca, Fiji. Untuk ke sini, perjalanan sejauh 25km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Nadi boleh dijejaki menggunakan bot, pesawat ringan atau helikopter. Di sini, terdapat sebuah inapan yang diberi nama Likuliku Lagoon Resort, syurga resort mewah yang pertama dibina di Fiji yang dibina di atas air. Menjanjikan suasana yang privasi buat sang merpati dua sejoli, inapan romantik ini dibina dengan menggabungkan nilai serta seni bina tempatan di dalam suasana pemandangan yang sungguh mengagumkan.

Sihanoukville, Kemboja

Dikelilingi pantai berpasir putih dan pulau-pulau tropika yang tidak diusik dek pembangunan, Sihanoukville juga dikenali dengan nama Kompong Som atau Kampong Som. Four Rivers Floating Ecolodge. Lokasi ini terkenal dengan pantai-pantainya. Antaranya, Pantai Otres, Pantai Sokha dan Pantai Victory. Untuk mereka yang inginkan inapan yang jauh dari pusat bandar, cuba menuju ke Sokha Beach Resort atau bergerak sedikit ke kawasan pedalaman untuk tidur di inapan mewah yang dibina di atas sungai iaitu Four Rivers Floating Ecolodge.

Pulau Boracay, Filipina

Majalah Travel+Leisure telah memilih destinasi ini sebagai Pulau Terbaik Bagi Tahun 2012. Penginapan bajet bermula dari sekitar RM60 sehingga ke inapan mewah yang mencecah RM1000 semalaman. Buat mereka yang inginkan sedikit rasa mewah, Shangri-La’s Boracay Resort & Spa adalah inapan yang boleh difikirkan. Pantai Bulabog mempunyai ombak besar dan angin kencang sepanjang tahun. Ini menjadikan Boracay satu hotspot terbaik untuk luncur angin dan kite boarding. Malah, Pantai Bulabog dianggap destinasi Kitesurf terbaik Asia.

Scroll Up
error: Content is protected !!