Type to search

Airlines Berita BP Travel

Norwegian Air, Penerbangan Kos Rendah Pertama Tawar WiFi Percuma untuk Jarak Jauh!

Share
  • Syarikat penerbangan kos rendah terawal yang memulakan pelancaran sambungan Wi-Fi di Boeing 787-9 Dreamliner dan 737 Max
  • Wi-Fi percuma untuk penerbangan penuh jarak jauh serta pilihan kelajuan tinggi yang pantas untuk penstriman video seperti youtube dan sebagainya
  • Pelancaran Wi-Fi akan bermula dengan Boeing 737 Max menjelang pertengahan Januari & selebihnya menjelang 2020

Mungkin korang akan jadi bosan selepas mengharungi tempoh penerbangan jarak jauh yang panjang tanpa hiburan? Takkan nak tidur sepanjang masa, ataupun layan movie sama je? 

Norwegian Air Shuttle ialah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah dari negara Scandinavia yang kini menjadi pertama di dunia menawarkan perkhidmatan WiFi percuma kepada penumpang sepanjang tempoh perjalanan.

Ini merupakan hadiah tahun baru yang sempurna daripada Norwegian selaku syarikat penerbangan murah serta terbesar di Norway.


#TRIVIA 

  • Buat pengetahuan korang, Norwegian Air Shuttle telah diundi sebagai Skytrax 2018 World’s Best Low-Cost Long-Haul Airline
  • Norwegian juga menjadi airline pertama yang menawarkan Wi-Fi percuma di semua laluan Eropah pada tahun 2011 dan syarikat penerbangan Eropah pertama yang berjaya menawarkan siaran televisyen LIVE di langit pada tahun 2015
  • Norwegian Air Shuttle merupakan syarikat penerbangan tambang murah ketiga terbesar di Eropah


Menerusi perkhidmatan WiFi percuma ini, penumpang boleh membalas email, melayari laman web, menghantar mesej kepada ahli keluarga serta mengemaskini laman media sosial.

Ia walau bagaimanapun tidak cukup pantas untuk melakukan penstriman video. Untuk menikmati kelajuan Internet yang lebih pantas, penumpang perlu membayar $14.95 (~RM 61.26) untuk WiFi premium selama tiga jam. Korang boleh layan tengok video dan dengar muzik.

Norwegian Air Shuttle hanya menawarkan WiFi percuma kepada penumpang laluan Eropah, Amerika Selatan dan Asia dalam pesawat Boeing 787-9 Dreamliner dan Boeing 737 Max mereka. Penumpang dapat guna WiFI ketika di udara tanpa sebarang caj tambahan.

Sumber – Amanz & media.uk.norwegian.com
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!