fbpx

Type to search

Berita BP

PAKISTAN AIRLINE MAHU KRU KABIN KURUSKAN BADAN ATAU DIARAH MASUK KELAS “GROOMING”

Share
  • Kira-kira 100 kru Pakistan International Airline mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • Mereka yang gagal tidak dibenarkan untuk kembali bertugas kecuali berjaya menguruskan badan mengikut had ditetapkan.

Pada 1 Januari lalu, syarikat penerbangan nasional Pakistan, Pakistan International Airline (PIA) mengeluarkan memo kepada kesemua 1,800 kru kabin, mengarahkan mereka untuk menguruskan badan mengikut had yang ditetapkan dalam masa enam bulan.

Menurut Pengurus Besar PIA, Aamir Bashir, pada masa hadapan, lebihan berat badan yang dibenarkan hanyalah 2.2kg sahaja daripada berat badan asal. Ketika ini, lebihan berat badan yang dibenarkan syarikat terbabit adalah sehingga 30kg daripada berat asal mereka.


Menurut panduan indeks ketinggian dan berat (BMI) yang dikeluarkan PIA, kru kabin dengan ketinggian 5 kaki 7 inci (1.7 meter) wajib mempunyai berat di antara 60 sehingga 66 kg.

Bermula 31 Januari depan, kru kabin dengan berat melebihi 30 kg daripada berat yang ditetapkan perlu melapor diri untuk kelas grooming dan dirujuk kepada Pusat Perubatan Kru Udara untuk pemantauan. Mereka tidak dibenarkan terbang selagi tidak mencapai BMI yang ditetapkan. 

“Tiada siapa yang mahu melihat kru kabin yang gemuk dalam pesawat”, kata Aamir. Beliau menambah, peraturan baharu ini dibuat berdasarkan banyak aduan yang diterima daripada penumpang.  Di samping itu, PIA ingin memastikan semua kru penerbangan sentiasa berpenampilan menarik dan sihat.


Sumber: CNN

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!