fbpx

Type to search

Antarabangsa Berita BP Insider BP

“Palestine Aquarium” – Taman Marin Pertama di Ramallah, Palestin

Share
  • Bandar Ramallah adalah pusat kebudayaan, hub intelektual Palestin serta menawarkan kemudahan moden yang menakjubkan.
  • Ramallah adalah sebuah pusat bandar Palestin di Tebing Barat yang terletak 10 kilometer utara Jerusalem, bersebelahan dengan al-Bireh.
  • Adakah selamat untuk mengunjungi Ramallah? Secara umumnya, bandar ini selamat untuk orang asing, bukan Israel. Penduduk Palestin biasanya gembira menerima kedatangan pelancong (Wikitravel).
  • Ramallah padat dengan tarikan bersejarah dan digelar “Bandar Kristian Arab”. Tempat-tempat menarik untuk dilawati di sini ialah Muzium Mahmoud Darwish, Dar Zahran Heritage Building, Muzium Yasser Arafat dan terkini, Palestine Aquarium.

“Palestine Aquarium” yang baru dibuka telah menjadi tarikan pelancong luar serta beri pendedahan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Ramallah.

Akuarium Palestin merupakan taman marin pertama yang dibangunkan di bandar Ramallah di Tebing Barat yang menawarkan amfibia, tumbuhan tropika dan 250 spesies ikan yang jarang ditemui.

People are eager to see & visit the aquarium, especially since Palestinians are prevented from going to the sea & visiting water museums
The aquarium now has 22 employees and supervisors are available 24 hours a day

Akuarium ini berkeluasan 820 meter dan menggunakan lembangan kaca yang memaparkan kehidupan marin yang unik untuk tatapan pengunjung.

Sedikit sebanyak kewujudan Palestine Aquarium di Tebing Barat Ramallah ini mampu menggembirakan sekumpulan kanak-kanak semasa program perkhemahan musim panas atau kem musim panas.

Many families deliver visits to the park as kind of enjoyment. Also, schools prepare recreational and scientific trips to it

“Kanak-kanak terkejut melihat apa yang mereka nampak di Akuarium Palestin, mereka sangat gembira mempelajari kehidupan akuatik dan melihat ikan serta hidupan marin yang mereka lihat sebelum ini dalam rancangan kartun seperti Finding Nemo” – salah seorang guru di Ramallah.


A Palestinian girl observes aquatic creatures displayed at the first aquarium that opened in the West Bank city of Ramallah
Palestine Aquarium has so far cost $1.2 million (RM50 juta)

Akuarium Palestin terletak di kawasan berbukit, pihak berkuasa dan keselamatan Israel melarang rakyat Palestin di Tebing Barat untuk mengakses pantai, termasuk Jalur Gaza.

Jadi, kewujudan Akuarium Palestin ini memberi pendedahan secara tidak langsung kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Tebing Barat untuk mengenali kehidupan marin dan akuatik.

For Palestinians, the 820-metre aquarium provides a unique experience
Narrow corridors are dimly lit, with transparent tanks on either side filled with colourful fish

Kira-kira 300 pengunjung dalam sehari telah melawat Akuarium Palestin sejak pembukaan pada Julai 2018. Kos tiket untuk masuk adalah 30 shekels (RM33).

Coral, Red Sea fish and Nile crocodiles antara spesies haiwan marin yang dipamerkan di sini. Terdapat kira-kira 3,700 haiwan akuatik, dengan perancangan untuk membawa ubur-ubur, kuda laut dan jerung pada masa akan datang.

Sumber: Al Jazeera & The Gaza Post
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!