Type to search

Editor Pick Insider BP outdoor

Panduan ‘Newbie’ – 5 Gear Ini Perlu Ada untuk Pemula Outdoor & Adventure!

Share

Are you taking your first international adventure and looking for travel gear recommendations? 

Jangan tunggu lagi; dapatkan senarai GEAR di bawah yang menawarkan peralatan terbaik untuk pemula pengembara (Newbie) – tidak kira korang kaki hiking, outdoor mahupun camping!

HI-TEC brand available in Sports Direct store in Malaysia

1- Nakefit – Pelindung Kaki Ketika Bercuti

Sebuah syarikat Itali telah mencipta pelekat pada tapak kaki untuk melindungi kaki korang, jadi memudahkan sesiapa kaki travel untuk redah air dan pantai, light trekking dan street walking tanpa perlu sarung kasut pun. Cool kan?

Nakefit, satu bentuk pelapik lekit yang melekat pada tapak kaki telah dibiayai Kickstarter, sebuah syarikat awam berpangkalan di Brooklyn, New York. Sepasang tapak kaki ini telah dipasarkan demi keseronokan musim panas yang penuh keseronokkan. Tapak kaki Nakefit mengandungi ciri-ciri seperti waterproof, cut-proof, heat resistant, dan slip-proof. Korang boleh pakai untuk aktiviti di laut, pantai mahupun kolam renang.

Sebanyak 1,000 pasang Nakefit telah dihasilkan selepas setahun berhempas pulas untuk mencipta sepatu yang lebih moden dan ‘simple’ ini. Korang boleh memesan sepasang Nakefit ini dengan harga julat RM 9 – RM66 di Lazada dan Shopee.

Tiada kasut tiada masalah - Nakefit
Nakefit stick on soles barefoot

2- Mountain Hardwear Lamina Z Spark

Pilihan hebat bagi penggemar camping yang merancang aktiviti perkhemahan menjelang musim panas ini. Sebuah beg tidur sintetik, Mountain Hardwear Lamina Z Spark mampu mengendalikan tempat tidur korang dengan mudah walau apa jua keadaan.

Sentiasa hangat, tahan air, tahan lama, lasak dan boleh dimampatkan, sesungguhnya satu pilihan yang diperlukan untuk kaki camping demi tidur malam yang lebih selesa dan mudah untuk dibawa mengembara ke mana-mana.


Ciri-Ciri

  • Zip panjang penuh dengan slider berganda untuk pengudaraan terkawal
  • Ruang kaki yang selesa mengikut posisi kaki semulajadi untuk kehangatan maksimum serta keselesaan.
  • Jumlah berat adalah 0.94 kilogram (kg)

A warm, affordable, and water-repellent synthetic bag, with unique Lamina
Simple to pack and go camping!

3- Kaenon Montecito Smoke Sunglasses

Selepas ini tidak perlu lagi bersusah payah korang untuk menukar antara cermin mata sukan atau bersiar-siar di sekitar bandar semasa street-walking

Kaenon Montecito Smoke Sunglasses mampu melakukan semuanya! Corak pada bingkai cermin dilukis menggunakan tangan dan ia kelihatan hebat ketika pantulan cuaca panas. Tetapi, cermin mata ini juga berfungsi dipakai untuk apa-apa aktiviti luaran seperti mendaki, berjalan mahupun bermain ski!

Kaenon Montecito sunglasses bring a relaxed side to being classy - whether relaxing on the beach or going out

4- MSR Quick Solo System Cookset

Bagi pengembara solo yang minat aktiviti perkhemahan tetapi ingin bergerak pantas dan membawa kelengkapan secara ringkas, set masak ini amat sesuai untuk korang.

Termasuk periuk 1.3 liter, tudung penyaring serta cawan terlindung, ia menyediakan keperluan dalam reka bentuk yang mudah serta penjimatan ruang yang lebih ringan terutama kalau korang bawa light backpack.

MSR Quick Solo System Cookset adalah kelengkapan memasak paling ringan dan cukup padat yang menjadi pilihan ramai pengembara di luar. Jadi, korang bila lagi nak cuba? Kalau tak silap, satu set perkakas ini berharga RM 319 sahaja. Haha 

The MSR Quick Solo System cookset is for fast-packing hikers who rehydrate meals & prepare hot drinks while logging lots of miles on the trail

5- CAMELBAK CRUX RESERVOIR

CamelBak cukup terkenal dengan produk penghidratannya seperti paket penghidratan dan botol air. Terkini, CamelBak tampil dengan produk terbaharu membolehkan 20 peratus lebih banyak simpanan air daripada mana-mana produk di pasaran. Anda boleh terus sedut puas dan tanpa ragu. Sesuai untuk aktiviti trekking, running, dan outdoor. 

Ia juga mengandungi ciri-ciri seperti kalis bocor dan tahan lasak sehingga berupaya ‘mengangkat’ tayar kereta dari tanah hanya menaikkan tekanan dalam paket penghidratan.

Kini terdapat empat pilihan saiz iaitu Crux 3L Reservoir, Crux Lumar 3L Reservoir, Crux 2L Reservoir dan Crux 1.5L Reservoir. Sangat sesuai untuk pemula aktiviti lasak, pengembaraan outdoor mahupun atlet.

Leak-proof cap is easier to open and close; On/off lever lets you seal your drinking tube shut with one hand
The Crux 3L Reservoir is a prime example of the dependability of CamelBak
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!