Type to search

Berita BP DekatJe Travel

Pangkor Bakal Jadi ‘Pulau Bebas Cukai’ Menjelang 2020

Share

Berita baik! Pulau Pangkor akan menerima status bebas cukai bermula 1 Januari 2020.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah bahawa kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan untuk mewartakan pulau itu sebagai zon bebas cukai.

One of islands in Pangkor (Photo courtesy - Tourism Perak)
Marina Island Pangkor

Pelbagai usaha untuk merealisasikan status tersebut sedang dijalankan oleh pihak berwajib. Status bebas cukai ini akan memberi impak positif serta membantu penduduk setempat dalam sektor pelancongan dan ekonomi Pulau Pangkor.

Kesan ini boleh dilihat pada pembangunan serta kemajuan pulau Langkawi yang sudah diisytiharkan duty-free island pada tahun 1987. Sekaligus ia menjadi daya tarikan kepada pelancong asing dan tempatan untuk bercuti di pulau bebas cukai.

Pada masa yang sama, usaha ini juga menjadi salah satu agenda pembangunan Pulau Pangkor untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.

Teluk Nipah (Photo courtesy - Tourism Perak)

Selain itu, Pangkor juga akan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Status tersebut telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini ketika pembentangan bajet 2018 di parlimen.

Sektor pelancongan tempatan sebelum ini mengatakan bahawa status bebas cukai di Pulau Pangkor adalah idea yang baik sekiranya pihak berkuasa menggunakan status tersebut untuk membawa masuk kedai-kedai yang menjual barangan berjenama seperti coklat, minyak wangi dan pakaian.

Pelaksanaan cukai ini akan melibatkan semua barangan kecuali produk tembakau, alkohol dan kenderaan.

Sumber:Β Malay Mail
Featured Image: Tourism Malaysia
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!