fbpx

Type to search

Berita BP Isu

Sikap Pengunjung Punca Pantai Sepat Dicemari Sampah Sarap!

Share
  • Tanjung Sepat, lebih dikenali sebagai Pantai Sepat adalah sebuah perkampungan nelayan Melayu
  • Terletak kira-kira 10 km dari Kuantan dan menuju ke bandar diraja Pahang iaitu Pekan
  • Kesedaran masyarakat tentang pencemaran pantai juga bukanlah suatu yang baharu

Setiap kali musim cuti sekolah atau hujung minggu, destinasi rekreasi awam mesti padat dengan pengunjung terutama penduduk setempat dan pelancong tempatan.

Memang benar, waktu yang diluangkan untuk bersama seisi keluarga amat bernilai kerana ia memberi pengaruh besar kepada emosi serta proses ‘matang’ si anak.

Pantai Sepat juga popular dengan aktiviti perkhemahan & sesuai untuk suasana perkelahan

Namun, ‘masalah’ yang sering menghimpit acapkali musim percutian adalah pencemaran pantai disebabkan sampah sarap oleh tangan manusia sendiri.

Ia bukanlah isu baharu di Malaysia, malah pelbagai pendekatan telah dilakukan seperti menggalakkan aktiviti sukarela membersihkan pantai serta kawasan rekreasi telah diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama pihak terlibat dengan pelancongan.

Terbaharu, sikap segelintir pengunjung membuang dan meninggalkan sampah selepah beriadah di pantai Sepat telah menjejaskan salah satu imej tarikan pelancongan di Kuantan ini. 

Bungkusan sisa sampah yang dibersihkan sepanjang Pantai Sepat. Terima kasih semua!

Rata-rata pengunjung yang tidak bertanggungjawab telah membuang sisa makanan, lampin pakai buang, botol minuman plastik dan kaca, puntung rokok, tisu serta kertas. Sampah sarap ini boleh dilihat sepanjang kira-kira dua kilometer di Pantai Sepat.

Menurut tinjauan yang dilakukan, meskipun tong sampah disediakan dengan cukup masih ada ‘individu’ yang membuang sampah sesuka hati dan mengabaikan kemudahan itu sehingga Pantai Sepat dikatakan ‘lubuk’ kepada pembuangan sampah.

Antara sampah-sampah yang menjejaskan persekitaran pantai & pencemaran laut. (Gambar hiasan)

Pihak berkuasa tempatan sudah melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan aktiviti di kawasan tarikan pelancong itu bagi menyedarkan pengunjung agar tidak membuang sampah di kawasan pantai. 


Program Gotong-Royong bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan komuniti setempat pada Mac lalu berjaya mengutip sebanyak 3.1 tan sampah di pesisir pantai Sepat. Tahniah atas penganjuran kempen kesedaran sebegini!


Penglibatan Gotong-Royong ini turut disertai beberapa agensi termasuk Majlis Perbandaran Kuantan, Swcorp Kuantan, Alam Flora (Cawangan Kuantan), Akademi Mokhtar Dahari, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Politeknik Metro Kuantan, Mpkk Pantai Sepat
Pantai Sepat adalah sebuah perkampungan nelayan Melayu yang masih aktif menangkap ikan sebagai sumber

TRIVIA

  • Daripada laporan dan penyelidikan seluruh dunia, sudah jelas yang plastik adalah berbahaya kepada hidupan marin dan alam sekitar.
  • Berdasarkan kajian Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, terdapat sekurang-kurangnya lapan spesies mamalia laut di perairan Semenanjung Malaysia yang mempunyai masa depan yang tidak terjamin akibat pencemaran.
  • Sampah berpunca daripada aktiviti manusia ini sudah menjadi ancaman kepada ekosistem lautan seluruh dunia.

Sentiasa beringat, #PantaiKitaSampahKita

Sumber: Harian Metro & Majlis Perbandaran Kuantan

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!